Tuesday, February 15

SSDE - makin di tekan makin melawan

semalam berlangsung 3 Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), di gombak setia, paya jaras dan kota raja.

yang paling dajal sekali adalah di dun paya jaras, apabila padang permainan dan dewan di Kg paya jaras tengah yang telah di luluskan oleh MBSA tetapi telah ditarik balik kelulusannya oleh pejabat MB. Tahniah dan terima kasih MB kerana telah menzalimi gerakan rakyat.

di gombak setia, tidak kurang dari 1000 telah hadir bertemu menyambut kehadiran SSDE.


antara penceramah yang hadir adalah Datuk Sri Noh Omar (Timbalan Ketua perhubungan umno selangor), Dr Kow Cheong Wei (KP MCA selangor), Ustaz Rosdi Long (pendakwah bebas) dan hamidzun khairuddin (GAPS).

kredit warisan berikan kepada Dr Kow ini yang sangat petah bercakap bahasa melayu dan sangat artikulate dalam mendepani pelbagai isu.

No comments: