Saturday, November 13

Pilihanraya Kecil Kerdau ?

ADUN Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas mengalami masalah buah pinggang dan jantung, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh kerana masalah tekanan darah tidak stabil.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengesahkan perkara itu berkata, Zaharuddin dirawat di hospital itu sejak dua minggu lepas, bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Beliau berkata, mesyuarat Perhubungan UMNO Pahang malam tadi memutuskan supaya Ahli Parlimen Kuala Krau, yang juga Ketua bahagian UMNO Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said mengambil alih tugas menyelaras DUN Kerdau.

"Beliau (Ismail) akan dibantu oleh Penasihat Agama kepada Menteri Besar yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Mohamad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa IKIP, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keadaan kesihatan Zaharuddin, 63.

No comments: