Warisan Ringkasan

Thursday, December 3

Nizar Edan : Berpengaruh kerana LIWAT

Pagi ini saya menerima email dari seorang sahabat lama. Email itu berbunyi :

" We're excited to let you know that this month Foreign Policy Magazine released its first annual ranking of the world's top 100 global thinkers, listing Malaysia's Dato' Seri Anwar Ibrahim at number 32 for his persistent challenge to the Muslim world to embrace democracy. 

Also this year the Royal Islamic Strategic Studies Centre in Jordan listed Dato' Seri Anwar Ibrahim among the worlds 500 most influential Muslims, crediting him with dramatically changing the political landscape of the Malaysia."

Kebolehan Anwar kelentong orang bukanlah setakat rakyat malaysia sahaja, sebenar nya telah ramai orang dia kelentongkan termasuk pemimpin-pemimpin dunia. Bakat kelentong rakyat malaysia yang satu ini lah yang menempatkan dia antara orang berpengaruh.

Keduanya sehebat mana pun dia kelentong orang, dia tak dapat lari bahawa dia adalah kaki LIWAT. Ingat kes Sukmadarmawan dan Munawar Aness? Mahkamah Persekutuan tidak menafikan kejadian liwat memang berlaku dalam kes ini.

Yang terbaru kes liwatnya lagi akan dibicarakan pada 15 Jan - 15 Feb 2010. Kemana lagi Anwar nak lari dalam kes Liwatnya kali ini? Mangsa-mangsa-mangsa sebelum Saiful iaitu Rashid dan Meor juga sedia untuk memberikan keterangan di mahkamah mengenai kegiatan seks luar tabiie ketua pembangkang itu.

Kemana lagi Anwar nak kelentong bila dah jelas ada CCTV, dah jelas bilik mana dia masuk, dah jelas condo mana dia sewa untuk balun mangsanya dalam kes ini nanti.

Jangan lupa juga kan dah ada DNA. Bukti paling sahih yang Anwar tak boleh lagi pusing kelentong pemimpin seluruh dunia yang liwat adalah kegemaran nya.

Anwar oh Anwar kepinggin mahu jadi PM ? Tentu nya sangat bahaya untuk anak muda lelaki malaysia jika raja Liwat diangkat menjadi PM.

Sangat memalukan juga majalah yang kononnya internasional tetapi tidak tahu kelibat sebenar manusia yang di agung-agungkan ! Dan mereka mengajak kita turut mengagungkan idola mereka. Rakyat Malaysia bukan naif untuk dibohongi oleh media antarabangsa yang diperalatkan Anwar dengan ratusan jutaan wang ringgit yang dia dan kroninya miliki.

Tuesday, December 1

Lagi skandal Kementerian Pengangkutan ?

Update :

Ada seorang pembaca yang membawakan maklumat terbaru, menjelaskan duduk sebenar isu Air Asia ini. Wajar juga khalayak meneliti informasi ini untuk memperbetulkan persepsi mengenai isu ini.

Salam sejahtera sekali lagi rakan blogger. Saya harap artikel ini ditarik balik atau diubah.

Saya percaya isu pengurangan cukai penerbangan bukanlah bidang kuasa Menteri Pengangkutan.

Saya harus mempertahankan isu ini bagi Menteri Pengangkutan.

Pengurangan cukai penerbangan dilakukan oleh Kementerian Kewangan. Selama ini, isu MAHB dan AIRASIA berkaitan dengan cukai penerbangan dikendalikan oleh Menteri Kewangan. Segala isu juga dijawab oleh Menteri Kewangan sendiri dan bukanlah di bawah Kementerian Pengangkutan.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/30429-airasia-wants-mahb-to-recommend-cut-in-lcctairport-tax-

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/30452-government-appoints-consultant-to-resolve-airasia-airport-tax-arrears-

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=420212

harap maklum

Goh Wei Liang

Yang asal :

AirAsia settles airport tax arrears after it gets RM25mil discount

KUALA LUMPUR: Air Asia settled its airport tax arrears of RM111.6mil after receiving an incentive of RM25mil from Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), said Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri.

This was the result of negotiations with MAHB for a better package as AirAsia owed a total of RM132.1mil in airport tax as of March this year.

Of the incentive, Abdul Rahim said Air Asia was given RM20.5mil and RM4mil to AirAsia X for a good job in bringing 10 million tourists and contributing to the country's profit.

He was responding during Question Time to Wee Choo Keong (PKR - Wangsa Maju) who wanted an explanation on why AirAsia seemed to receive special privileges on owed airport taxes and what action was taken to recover the debt.

Wee said that disputes did not excuse Air Asia from late payment of airport taxes as it was paid by the public.

He also said that any discount on airport taxes to AirAsia should be directed back to its customers.

Wee said earlier that the Transport Minister confirmed last May that AirAsia owed RM110mil in airport taxes from 2002 to March 31, 2008.

He then said the Transport Minister confirmed in February that the amount owed was reduced to RM65mil.


Komen warisan2057 :

Tahniah Air Asia kerana menjadi anak emas Kementerian Pengangkutan. Rakyat nak tahu sangat siapa yer dalam kementerian ini yang menjadi talian hayat Air Asia sehingga merugikan hasil mahsul negara sebanyak rm25 juta.

Saya setuju dengan pandangan Wee wangsa maju ini bahawa airport tax itu adalah duit yang dibayar oleh pengguna lapangan terbang kepada kerajaan dengan Air Asia menjadi pengantaranya. Yang kita pelik pengantara ini pulak yang makan komisen. Komisen atas angin. Rakyat nak tahu sangat mana satu pegawai kementerian ini yang makan duit komisen ini. Mungkin menterinya ke atau mungkin KSU nya? Bukan nak menuduh, cuma sedikit berprasangka.

Seterusnya kenapa Air Asia kemut air port ini selama bertahun-tahun, baru nak serah kat kerajaan. Dia buat main judi atau buat bunga ke duit beratus juta yang di bayar oleh pengguna lapangan terbang ini. Dimana kah keeficianan pihak berwajib dalam soal ini? Kenapa double standard? Kalau rakyat marhaen, sampai ke lubang cacing LHDN kejar yer. Tapi kalau syarikat kroni, sampai bertahun tahun baru nak serah duit yer.

Kerajaan dah bagi banyak kepada Air Asia. LCCT dibina beratus juta ringgit. Ini dengarnya nak buat LCCT baru, duit lagi. Wah-wah kita nak tahu sangat menteri mana atau bekas PM mana yang ada saham proxi dalam Air Asia ini sampai menjadi anak emas kerajaan huh.

Akhir sekali, mana pergi Menteri Pengangkutan? Jarang benar nampak di parlimen. Jarang benar nak jawab soalan-soalan di Parlimen. Sebok main politik tak habis-habis ke sampai tak jumpa pintu parlimen. Kalau gitu elok letak jawatan saja lah Menteri Pengangkutan. Kalau KPI hendak dikotakan, maka Menteri Pengangkutan ini harus di tunjukkan pintu keluar.

Dalam keadaan BN sakit ini pun ada menteri dan kementerian membuat keputusan yang terus meloyakan rakyat. Saya sangat tidak faham !

Syabas Suhaimi - Ya teruskan !

Saya di tanya bertalu-talu oleh sahabat-sahabat perihal pendirian saya mengenai isu Suhaimi KP Umno Selangor yang sedang hangat di pasaran. Jawab ringkas saya - soal pendekatan.

Politik ini seperti sebuah permainan bola sepak. Kita memang berhasrat ingin bermain bola cara profesional tapi yang sebenarnya kita hanya layak seperti bola sepak liga ke 3 di England. Kita boleh dapatkan pengurus dan jurulatih dari Brazil atau Italy atau Germany namun kalau mentaliti pemain itu kelas ketiga, nampaknya permainan bolak sepak kita tidak akan kemana. Kekuatan mental perlu ada dikalangan pemain kita.

Segi taktikal pula, ada jurulatih yang mengamalkan pendekatan pertahanan. Bola hanya dimainkan dikawasan pertahanan sahaja, jarang menyerang. Prinsip gawang gol kena dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun. Itu sebab nya pasukan seperti ini sentiasa berada di tangga corot liga.

Ada pula jurulatih yang menumpukan kepada serangan sepenuh masa. Bagi mereka menyerang adalah pertahanan yang terbaik. Bagi mereka bolasepak adalah art untuk menjaringkan gol, tanpa serangan tak mungkin gol dapat dijaringkan. Pasukan seperti ini biasanya mempunyai pemain penyerang dan midfield yang di hormati oleh kawan dan lawan.

Begitu juga dalam politik malaysia di abad ini. Ada pemimpin yang mengamalkan pendekatan menyerang dan ada pemimpin yang mengamalkan pendekatan bertahan. Nampaknya dalam kedua-dua pendekatan ini, muktahir ini pendekatan menyerang menjadi pilihan rakyat sebagai pengundi.

Politik juga berkenaan persepsi. Lihat sahaja bagaimana serangan pembangkang kepada BN. Yang penting bagi pembangkang bukan soal benar dan salah, tetapi bagi mereka yang sangat penting adalah persepsi. Jelas kepada kita bagaimana perkara yang putih menjadi kelabu dan akhirnya hitam kerana persepsi manakala perkara yang hitam menjadi kelabu dan terus putih semata-mata kerana kerana persepsi yang dimainkan. Politik malaysia penuh dengan persepsi.

Politik juga adalah mengenai tindakan (action). Rakyat kena dinampakkan apakah tindakan kita, apakah pandangan kita dalam setiap isu dan perkara. Rakyat bukan bodoh tau ! Mereka sentiasa memerhati setiap tindakan dan pandangan setiap parti dan pemimpin politik. Bermain politik 'didalam kelambu' menjadikan rakyat tidak melihat dan tidak mengetahui tindakan dan pandangan kita. Akhirnya mereka akan hanya mengambil maklumat dari parti dan pemimpin yang bersilat di gelanggan.

Kepimpinan tidak boleh dibuat-buat. Pemimpin itu dilahirkan atau di bina. Pemimpin yang dibina perlu melalui proses kaderisasi kepimpinan yang panjang untuk menjadi matang dan teguh kepimpinannya. Malangnya kaderisasi sudah semakin dilupakan oleh parti-parti melayu sekarang.

Tidak mudah menjadi pemimpin pemuda nombor wahid di Selangor. Kita merindui pemimpin pemuda seperti zaman Datuk Harun Idris atau sekurang-kurang seperti Datuk Onn Ismail. Namun itu sudah jauh meninggalkan kita. Proses pemilihan pimpinan pemuda yang intrique setahun yang lalu terus melemahkan tunas-tunas harapan kita. Biduk berlalu namun kiambang nampaknya semakin jauh dari tautan.

Terus-terusan mempunyai pemimpin yang layu-layuan akan menjadikan parti hanyut dibawa arus. Rakyat tidak akan terpanggil dengan pendekatan pemain yang layu-layuan yang hanya bermain dalam kelambu di kawasan pertahanan sahaja.

Rakyat mahukan pendekar yang lincah bersilat di tengah gelanggang.

Monday, November 30

Kit Siang yang berjiwa komunis


"Action is more than words". Tahniah kepada uncle kit yang jujur beritahu dia berjiwa komunis.

Namun dia lupa kalau dia boleh pijak gambar orang melayu, sebenarnya ramai anak melayu sedia untuk mengkencing kubur dia bila dia mati nanti.

Uncle kit mengajak anak muda melayu bermain api ! Sahabat saya GAP dan PARPU sependapat dalam soal ini.

Thursday, November 26

Nizar Edan : Kearah negeri komunis - BTN no, Chin Peng yes

Melayu mudah lupa ? Tidak semua melayu mudah lupa. Melayu tidak akan lupa dengan keganasan komunis yang diketuai Chin Peng.

Komunis adalah satu gerakan bersenjata yang menghalalkan segala-galanya untuk memastikan mereka berkuasa. Komunis menghunus senjata menembak mana-mana orang melayu yang menentang mereka.

Ramai melayu terkorban kerana komunis. Ramai melayu yang dirogol oleh komunis. Ramai melayu yang kudung kaki kerana komunis. Ramai melayu cedera kerana komunis.

Komunis mahu menjadikan tanah malaya wilayah mereka. Mereka datang, mereka desak, mereka tembak, mereka bunuh sesiapa sahaja.

Askar Melayu adalah wira yang mempertahankan tanah malaya. Mereka berjuang dari dulu hingga sekarang. Dengan gaji mereka yang tak seberapa, mereka mengharungi hutan belantara memburu komunis. Askar Melayu adalah pejuang nusa sejati.

Kita merdeka kerana perjuangan dan pengorbanan Askar Melayu. Kita aman sentosa kini kerana mereka. Kita aman makmur kini kerana mereka. Kita berjawatan tinggi kini kerana mereka. Kita berharta kini kerana mereka. Kita berumah banglo berkereta besar kini kerana mereka.

Bayangkan jika komunis yang berkuasa. Boleh kah kita aman sentosa, aman makmur, berjawatan tinggi, berbanglo dan berkereta besar.

Hidup anak watan perlukan perjuangan. BTN tampil dengan motivasi perjuangan anak watan. BTN tampil dengan perjuangan asas kemerdekaan. Tanah ini kita punya bukan Chin Peng komunis punya.

Ada pemimpin negeri yang mahu pusing ke belakang. Mereka mahu beri tanah ini kepada komunis. Mereka ini tak faham semangat Melayu semangat Malaysia. Mereka fikir komunis boleh beri keamanan, kemakmuran dan kestabilan. Mereka baru berkuasa tetapi mahu mengubah segala-galanya mengikut nafsu serakah mereka.

Kita yakin, Anak Watan pasti bangkit. Kita melayu, cina, india, serani bersatu di bawah 1Malaysia.

Tuesday, November 24

Nizar Edan : Ding Dong Kota Seputeh

Tiga penal hakim Mahkamah Rayuan sebentar tadi putuskan terima rayuan SPR tangguh keputusan Mahkamah Tinggi istihar DUN Kota Seputeh kosong.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 23

Nizar Edan - Gelembong politik Pas

Akhirnya..Nik Aziz hari ini arah menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman letak jawatan sebagai Ketua Ekskutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Dia ada banyak ayam sabung.

Semalam pulak Nik Aziz mempertahankan ayam sabung. Apabila ayam sabung nak berhenti beradu, tuan nya jadi kalut dan hentak-hentak kaki menandakan jangan berhenti bersabung.

Setelah berita Husam nak berhenti Exco dan letak jawatan parti dilapurkan akhbar perdana, Tuannya Nik Aziz menafikan berita itu. Entah apa yang membuatkan Nik Aziz menafikan berita itu. Sepatutnya orang yang nak berhenti menafikan pemberhentiannya.

Namun dalam kes Husam, dia insan yang terlalu istimewa. Musyidul am Pas dan Mb Pas terpaksa buat pemberitahuan menafikan berita itu. Siapa yang istimewa sekarang ? Siapa yang ada kuasa sekarang ? Siapa yang arahkan siapa sekarang ? Husam atau Nik Aziz ?

Sementara ada pemimpin Pas yang tersenyum membaca lapuran akhbar semalam, rupanya mereka tersilap. Tok guru pulak yang tarik 'hand break' untuk ayam sabung. Kita boleh mengagak Nik Aziz sebenarnya ada agenda yang lebih besar untuk Husam.

Ariffahmi atau Husam harus menjadi barang ganti cerita Haji Rasuah boss nya. Ya, sekarang sudah terjawab.

Sunday, November 22

Nizar Edan - Nik Aziz letak jawatan ?

Akhirnya Husam menawarkan diri untuk letak jawatan. Dia mengambil pendekatan politik yang sangat bijak. ' He may be out, but not End.' Kalangan circle pas memberitahu, berita ini sebenarnya telah bertiup lebih seminggu lalu.

Politik konsesi balak akhirnya menjadi cancer buat Husam. Khabarnya ada bekas pimpinan kanan Umno juga mendapat rezeki balak hasil dari percaturan politik Husam. Bukan setakat itu, MSO juga ada mendakwa dia pernah di tawarkan dengan rezeki yang sama.

Politik konsesi balak beralih kepada Haji Rasuah. Haji Rasuah bermula apabila menantu Nik Aziz MB Kelantan dilantik menjadi boss MBI sebuah anak syarikat kerajaan negeri kelantan. Siapakah yang mencadangkan anak Nik Aziz di ambil bekerja di MBI ? Nik Aziz sendiri atau Husam mungkin.

Boss MBI ini lah yang meluluskan sebuah syarikat mendapat kontrak memasang 'bill board' di seluruh negeri Kelantan. Sebagai membalas jasa baik MB yang pemurah ini maka syarikat itu pun menaja pemergian Nik Aziz dan isterinya serta menantu Nik Aziz dan isterinya serta PA nya menunaikan Haji di Mekah. Ini lah dia Haji Rasuah!

Siapakah sebenarnya master mind perancangan Nik Aziz ? Mungkin Husam, mungkin menantu Nik Aziz atau mungkin Kickdefella, bloggers proxy Husam yang ditendang keluar dari pejabat MBI.

Husam mengambil tanggungjawab atas keriuhan yang melanda. Semalam Pas Kelantan buat ketetapan mereka tidak masuk campur atas urusan Haji Rasuah dan perkara yang bersangkutan. Nampaknya pimpinan Pas sudah menganggap hal-hal ini adalah 'personal matter' MB Nik Aziz.

Bisakah Husam menyelamatkan Bossnya dari pelbagai polemik rasuah dari balak ke haji, lepas ini entah apa lagi. Atau Nik Aziz sahaja yang patut letak jawatan, demi menyelamatkan maruah Pas yang calar balar dek kerana pelbagai kerenah melalut merepik meraban dek ketuaannya. Nik Aziz kini liabiliti untuk Pas, dia perlu letak jawatan. Tun M pun dah lama tinggal jawatan, Tun A pun begitu juga. Kamu Nik Aziz bila lagi ?

Wednesday, November 18

Nizar Edan : Bapa sosialis diangkat menjadi Senator

Dun Selangor pimpinan Pakatan Rusuhan (PR) mencatat sejarah semalam. Dun pimpinan Khalid Ibrahim mencalonkan seorang tokoh sosialis Syed Husin Ali sebagai senator di Dewan Negara mewakili negeri selangor.

Sudah lama sebenarnya bapa sosialis ini kepingin untuk menjadi YB. Baru sekarang beliau dapat. Itu pun dengan ihsan kerajaan negeri selangor. Nampaknya selangor sangat kekurangan "pemain tempatan", itu sebabnya Khalid terpaksa import orang luar seperti Syed Husin mewakili selangor di Dewan Negara.

Bukan rahsia umum sebenarnya nama Syed Husin pernah dicadangkan oleh Presiden Pkr Azizah untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu dalam Pru 11 yang lalu. Kota Bharu adalah kawasan selamat kerana terletak di negeri Kelantan. Namun nama Syed Husin di tolak oleh Nik Aziz dari bertanding di kawasan Parlimen itu. Hujah Nik Aziz adalah kerana Syed Husin adalah berfahaman sosialis, ia tak sesuai menjadi pemimpin di Kelantan.

Nik Aziz Mursyidul Am Pas sendiri boleh buat "ijtihad" bahawasa nya Syed Husin adalah peminat totok sosialis. Sosialis tidak mengiktiraf Islam. Itu sebabnya Nik Aziz habis-habisan menghalang Syed Husin di Kelantan.

Di Selangor, Syed Husin tak dihalang. Malah ia diberikan laluan mudah oleh Hassan Ali pesuruhjaya Pas Selangor. Pas langsung tak boleh bersuara dalam mesyuarat yang diadakan untuk memilih senator di Selangor. Pas cuma mengikut telunjuk Pkr dan Dap.

Dihalang di Kelantan, Syed Husin dikutip oleh Khalid untuk beraksi diSelangor. Cukup mudah, tujuan Khalid adalah agar suara bapa sosialis itu dapat di sebar luaskan di selangor khusunya, ya SUARA SOSIALIS.

Tuesday, November 17

Nizar Edan : Mukhriz sedia ke Kota Siputeh

Datuk Mukhriz Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan dan akar umbi mengenai ura-ura beliau dicalonkan jika ada PRK DUN Kota Siputeh.

Beliau dilapurkan bersedia bertanding untuk memastikan kemenangan BN mempertahankan kerusi itu. Beliau kini adalah Ahli Parlimen kawasan itu iaitu Jerlun.

Di kawasan Parlimen Jerlun ada dua kawasan Dun iaitu Kota Siputeh dan Ayer Hitam. Pas ditewaskan di Kota Siputeh dengan 495 undi dalam PRU 12 lalu.

Mukriz sangat dekat dengan golongan akar umbi kerana bapa beliau Tun Dr Mahathir pernah berkhidmat di Parlimen Kubang Pasu yang dulunya termasuk Dun Kota Siputeh.

Jikalau PRK ini diadakan maka ini adalah PRK ke 10 selepas PRU ke 12 yang lalu. PRK Bagan Pinang menyaksikan kemenangan besar BN. Manakala PRK Manek Urai menyaksikan mengundi Melayu kembali menyokong BN secara besar-besaran.

BN hanya perlu tambahkan majoriti undi Kota Siputeh yang lalu sebagai pelengkap sebenarnya BN masih berada di hati rakyat.

Pelbagai gejala politik Pakatan Rasuah (PR) yang melanda Pas (Rasuah Haji), PKR (Saham Azmin) dan Dap (Samseng kongsi gelap) tentunya telah banyak memberikan iktibar kepada rakyat untuk menolak pakatan songang ini.

Bertanding di dua kawasan (Dun dan Parlimen) memang bukan budaya BN. Namun itu adalah budaya Pas, Pkr dan Dap. Haji Hadi bertanding 2 kawasan, Azmin bertanding di 2 kawasan dan Nizar bertanding di 2 kawasan. Ramai lagi pun YB PR ini yang bertanding di 2 kawasan.

Dalam keadaan kemenangan adalah SANGAT perlu dalam setiap PRK, BN perlu melakukan segala-galanya termasuk meletakkan calon yang paling popular untuk menang di kawasan itu termasuk Adun atau Ahli Parlimennya. Mukriz memiliki segala fomula untuk menang di Kota Siputeh, kalau PRK terpaksa diadakan dek kelalaian Adun BN sendiri.