Monday, June 29

UMNO - No Action Talk Only


Ezam yang ditemu bual mStar Online sempena setahun selepas menyertai kembali Umno mengakui, Perhimpunan Agung Tahunan Khas akhir tahun ini "satu perkara drastik, yang signifikan diambil untuk melawan politik wang dalam parti."

"Ini mesti diperlihatkan (dalam bentuk pelaksanaan)," kata bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan itu.

"Kita mesti beri keyakinan, Umno mesti membuktikan bahawa sudah cukup masa untuk bercakap, sudah cukup masa untuk keluar dengan macam-macam slogan, macam-macam komitmen dan mungkin selepas ini pindaan (perlembagaan) akan dibuat.

"Itu bagi saya masih belum cukup dan ini waktu rakyat mahu melihat Umno benar-benar berubah dengan tindakan." ujarnya lagi
.


Petikan diatas diambil dari lapuran sebuah akhbar perdana yang membuat liputan ceramah Ezam di Taman medan beberapa hari lalu.

Ezam kembali ke akar umbi penuh bergaya. Ceramah nya di tonton dan didengar oleh hampir dua ribu orang yang asyik dengan pidato anak muda ini. Yang datang adalah ahli umno, ahli Pas, ahli PKR dan ahli Dap pun ada.

Nyata pendekatan ceramah yang Umno anjurkan amat berkesan kalau penceramah itu mampu mengulas dengan baik mengenai isu-isu semasa. Kalau penceramah membaca teks tentu penonton akan lari, kalau penceramah err, errr, errr tentu nya penonton akan cabut. Penceramah kena bakar semangat, itu yang anak muda mahukan.

Yang nyata kalau Ceramah Ezam boleh memanggil hampir dua ribu orang penonton, kenapa ceramah Pemimpin Umno hanya boleh mendatangkan 50 atau 100 atau paling banyak 250 orang sahaja, walaupun mereka bergelar Menteri.

Pemimpin Umno harus berubah, pendekatan Umno harus berubah, pemimpin Umno harus tidak bodoh sombong untuk menarik semula sokongan ahli dan penyokong-penyokong parti.

Ada baiknya juga pemimpin besar Umno belajar dari Ezam, resepi untuk menarik ramai penonton mendengar ceramah. Terima kasih juga kepada http://medan-info-kita.blogspot.com/ yang buat lapuran tanpa henti walaupun bertugas tanpa imbuhan dan ganjaran.

4 comments:

GAP KEMBALI said...

pedih telinga !

PARPUKARI said...

AKU SETUJU BRO, ADA YANG SAMPAI NAK HILANG KERJA BRO, GARA2 MEMPERTAHANKAN UMNO TETAPI SAYANG UMNO MASIH LENA DIBUAI MIMPI....

AKU RISAU BRO, TAHNIAH BRO EZAM, GOOD JOB!

MK IV said...

aku setuju sangat la....

Generasi Pejuang Bangsa said...

sdr ,Ezam mpy faktor WOW yang tidak ada pada pemimpin UMNO .. pemimpin2 muda dalam Pemuda UMNO perlu berlajar sesuatu dari Ezam iaitu cara menarik orang mahu mendengar ceramah kita.

ceramah BN kurang menarik kerana cerita ttg dasar kerajaan ,tiada kutukan ,tiada pendedahan yang panas terhadap pihak pembangkang ..