Thursday, September 2

DAP bukti kesungguhan Takluk Putrajaya

DAP terus bukti kesungguhan berkerja untuk takluk Putrajaya apabila terus mencatatkan pendaftaran pengundi baru teramai setiap bulan pada tahun ini.


Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang.

Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus.

Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi.

Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Kalau nak banding usaha DAP ini dengan komponen Parti cina dalam BN, MCA dan Gerakan, kita boleh simpulkan kedua-dua parti ini akan gulung tikar dalam PRU 13 yang akan datang.

Nampaknya masyarakat cina lebih senang untuk berada dekat dengan DAP berbanding MCA dan Gerakan yang hanya cakap banyak, "demand" banyak tapi tak buat kerja.

Dari main isu perkauman, isu agama hingga ke pendaftaran pengundi baru, ternyata DAP jauh menyerlah dan rapat dengan rakyat dari UMNO, PKR, PAS, MCA, Gerakan atau MIC.

Cara DAP bekerja itu berkesan. UMNO kena belajar dari DAP ! Ramai pembaca yang akan tidak bersetuju dengan cadangan warisan ini. Namun kalau kita amati Sun Tzu - Art of War, kita akan dapati kepentingan untuk mengkaji kekuatan, kelebihan dan kehebatan musuh untuk berjaya dalam setiap peperangan.

1 comment:

Anonymous said...

betul 2...harap kita dapat bantu sedarkan rakan rakan di luar yang masih terlupa untuk mendaftar untuk segera mendaftar...inilah saja peluru dan perisai yang ada untuk digunakan dalam pertempuran pru nanti...!!!