Sunday, November 14

MES - Projek Faraid Harta Rakyat

Kisah 1

Hebat jadi YB PR ni, peruntukkan mesra rakyat ADUN - Rm 500,000 setahun. Peruntukan mesra rakyat Exco - Rm 750,000. Peruntukan makan angin Exco setiap akhir tahun Rm 80,000.

Kita teringat bagaimana SELCAT diberitahu Ronnie Lui menghabiskan peruntukan YB dan peruntukkan Exco hanya dalam masa 3 bulan ! Syabas YB, kerana jimat berbelanja !

Kisah 2

Kalau sakit, YB PR boleh pergi hospital swasta, baru ada class, "claim unlimited". Baru-baru ini Adun Dap Damansara dapat claim lebih Rm300,000 untuk kos perubatan di Sunway Medical Centre. Dia accident waktu "sedang bertugas" ie berkempen untuk Pkr di Hulu Selangor.

Pelik juga kenapa dia tak claim kat insurans ? Tak kan lah orang macam YB ini tak ada insurans kemalangan dan insuran hospital ! Ke saja nak perabis harta rakyat !

Kaya-kaya rakyat selangor sekarang, sehingga bil perubatan wakil rakyat pun rakyat kena tanggung, hebat Merakyat Ekonomi Selangor (MES) polisi Khalid Ibrahim.

Kisah 3

Rm 350,000 Yayasan Selangor yang Pengerusinya Khalid berbelanja untuk satu jamuan makan tengahari isnin ini. Ini lagi hebat, sambut hari jadi sampai belanja sehingga lebih setengah juta ?

Duit siapa Exco pakai ini untuk makan-makan ? Duit kepala bapak dia ke ? Duit rakyat lah bahalol !

MES - kroni di utamakan, harta rakyat di faraidkan, rakyat di pinggirkan !

No comments: