Monday, July 14

MEMORANDUM PRIHATIN UMAT ISLAM SELANGOR

Saya amat tertarik dengan pandangan Dr Aisar Yee Abdullah dalam kolum Sentuhan tetikus yang bertajuk Memorandum Dedah Kelemahan Islam yang yang disiarkan dalam akhbar Sinar bertarikh 13 Julai 2008. Memorandum itu sampaikan baru-baru ini oleh 100 buah NGO Selangor Kebawah Duli Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor seperti yang disebut oleh Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Sebagai salah sebuah NGO Melayu Islam yang menyokong memorandum yang disampaikan itu saya terpanggil untuk membetulkan banyak persepsi silap yang Dr Aisar utarakan.

Sebagai seorang Islam yang bersama agama ini sejak berpuloh tahun lalu, saya bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pandangan dan persepsi beliau dalam tulisan nya. Bagi saya persepsi adalah suatu tanggapan yang jarang-jarang benar tetapi yang banyaknya salah atau mengelirukan.

Pandangan Dr Aisar yang menyangkut kepada memorandum kami cuma lah lima peranggan dari artiklenya manakala selebih nya adalah runggutan atas pelbagai isu yang melibatkan umat Islam sejak akhir-akhir ini. Peliknya sebagai seorang Islam beliau memilih untuk menjadi hakim dalam menangapi pelbagai isu yang melanda umat Islam sekarang.

Apa yang diutarakan didalam memorandum itu adalah kekesalan, kebimbangan, keresahan dan kecewaan umat Islam di Selangor dengan Pentadbiran hal ehwal agama Islam dibawah kerajaan negeri sekarang. Masalah dan isu-isu ini timbul sejak akhir-akhir ini yang diadukan dan dikemukakan oleh golongan akar umbi umat Islam. Sebagai NGO kami berpendapat isu ini wajar di tangani dengan baik oleh pucuk pimpinan negeri supaya kekesalan, kebimbangan, keresahan dan kecewaan umat dapat diredakan.

Suasana aman sentosa yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) selama memerintah Negeri Selangor lebih dari 50 tahun wajar dipertahankan dari mereka yang cuba merobak-rabikkan keharmonian kaum yang sudah lama terbina. Toleransi beragama yang aman dan harmoni yang didasari olen Kerajaan BN telah terbukti berjaya dan berhasil sejak kita merdeka sampai sekarang. Menyatukan kaum yang berbilang bangsa dan agama bukan mudah. Tetapi sejarah telah membuktikan keserasian dan kemesraan orang Melayu sebagai kaum pribumi dengan orang Cina dan India sebagai kaum pendatang yang diterima sebagai warganegara. Ini bukan kerja mudah.

Islam sebagai agama rasmi diiktiraf dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan namun agama yang lain juga boleh dianuti dengan aman dan harmoni. Hasilnya setelah lebih dari 50 tahun merdeka, antara adalah seperti berikut :

Statistik Selangor - 4.8 juta penduduk (2006)

Melayu 2.5 juta - masjid 358 dan (kira-kira) 1,000 surau
Cina 1.3 juta - tokong 1,015
India 647,000 - kuil 810
Kristian 50 ribu - gereja 27

Sebagai perbandingan statistik diatas, saya yakin jumlah rumah Ibadat bukan Islam di Negeri Selangor jauh lebih banyak dengan jumlah rumah Ibadat bukan Islam di Singapura walaupun Selangor dan Singapura mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama.

Begitu lah tolerannya dasar yang diterapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama puluhan tahun. Adakah statistik diatas tidak melambangkan keterbukaan kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak merdeka?

Dr Aisar ada menyebut bahawa Islam adalah agama penindasan dan menyekat agama lain dan menyampaikan memorandum itu adalah bukti penindasan itu. Saya berpendapat ini satu lagi persepsi dan tanggapan salah beliau dalam membahaskan isu yang melanda. Kalau di amati dari statistik diatas, jelas yang tertindas adalah umat Islam di Selangor kerana walaupun jumlah mereka lebih ramai dari orang bukan Islam namun jumlah tokong, kuil dan gereja jauh lebih banyak dari masjid dan surau.

Mengenai isu merobohkan kuil di Kampung Rimba Jaya seperti yang disebut oleh Dr Aisar, dengan penuh hormat dimaklumkan bahawa Datuk Hj Abdul Rahman Palil tidak ada kene mengena dalam isu ini. Apa yang dilakukan oleh MBSA bukan lah tindakan semberono. MBSA menjalankan tugas mereka seperti mana yang perintahkan oleh Mahkamah.

Mahkamah membuat perintah berdasarkan permohonan pemilik tanah, sebuah syarikat pemaju perumahan, bukan exparte tapi interparte. Pihak pemaju telah berunding berpuluh kali dan memberikan pampasan perpindahan rumah ibadat kepada pihak berkuasa kuil. Permohonan perintah mahkamah adalah jalan terakhir yang dilakukan oleh pihak pemaju. Mereka melaksanakan hak mereka sebagai pemilik tanah berdasarkan peraturan dan undang-undang. Kes ini sebenarnya memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan bagi memastikan hak pihak-pihak yang terlibat dapat didengar dan diadili dengan sempurna. Namun ada pihak-pihak yang berkepentingan tertentu telah tidak menghormati keputusan mahkamah dan mempolitikkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

Mengenai isu korupsi yang disebutkan oleh Dr Aisar, saya teringat dengan pepatah Inggeris “ Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely” saya tambah “ even small power have corrupt very quickly”. Saya bersetuju dengan usaha besar-besaran kerajaan BN yang memberikan kuasa besar kepada BPR dan usaha reform keatas Badan Kehakimam baru-baru ini.

Namun ramalan saya tepat mengenai kerajaan baru negeri Selangor yang terserlah korupsinya. Isu pegawai kanan Pejabat Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dan memunggut dana untuk parti sempena 100 hari memerintah adalah persepsi benar rakyat yang melihat “bila ada gula pastinya banyak semut yang berebut mencari makan.”

Mengenai isu-isu yang lain, saya berpendapat sebahagian besarnya adalah pesepsi Dr Aisar yang kebanyakannya tidak tepat, mengelirukan dan tersasar dari landasan sebenar. Elok juga jikalau kita dapat mentelaah sedikit bait-bait ayat Al Quran dari surah Al Munafikun agar kita terus menjadi umat Islam sebenar.

Akhirnya saya berpendapat sebarang proses sosial reengineering negara ini harus mengambil kira asas penduduk negara ini iaitu orang Melayu yang beragama Islam. Melayu Islam adalah masyarakat yang mesra dan penyayang walaupun telah dianaktirikan dan dijajah hampir 500 tahun.

Keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan kadang-kadang menjadi kecemburuan anasir luar yang mengupah dan memperalatkan pihak-pihak tertentu. Matlamat mereka adalah untuk mengelirukan rakyat dan memecahbelahkan perpaduan kaum serta mempertikaikan kontrak sosial yang telah terbina sejak merdeka.


Oleh

Hamidzun Khairuddin
YDP Selangor
Kelab Pengundi Melayu Semenanjung Malaysia

2 comments:

Nazz Abdul Aziz said...

Salam.

Orang munafik adalah pengkhianat. Pengkhianat hukumnya MAUTTT. Tapi biarlah dia hukum dirinya sendiri.

Sabar.

Anak Kampung said...

Artikel ini disiarkan oleh akhbar Sinar pada hari ini, 20 Julai 2008.