Wednesday, January 21

Ezam lebih jantan dari Pak Sheikh


Penampilan Ezam di PRK Kuala Terengganu mengundang banyak persepsi. Keberanian nya untuk ‘head to head’ dengan Pak Sheikh, boss lama nya memperlihatkan pegangan kuatnya kepada prinsip perjuangan dan sedia berhadapan dengan sesiapa juga dalam pertempuran politik. Keberanian seperti ini lah yang lama diimpikan oleh khalayak.

Dalam kamus politik, ‘tiada musuh dan rakan yang kekal’. Dulu Nik Aziz hentam habis-habisan Lim Kit Siang, di Kuala Terangganu mereka boleh bertepuk bertampar duduk dan makan semeja serta kempen bersama. Tak timbul soal isu orang kafir, soal hudud dan soal arak. Itulah politik. Kan cara yang Ezam buat tu sama dengan cara Mursidul Am PAS. Ezam cuma belajar dan pratikkan apa yang Tuan Guru buat, salah ker?

Ezam tampil dengan politik baru dalam UMNO. Dia datang dengan sifat pendekar. Manakala pembesar lain hadir dengan cara bendahara. Dalam peperangan yang diperlukan memang pendekar. Semangat kependekaran itulah yang bisa mempertahankan pertiwi.

Tiga kali Ezam berceramah di PRK Kuala Terengganu. Ceramah pertama di Kg Kolam, DUN Landang, dia menarik minat lebih kurang 500 untuk pendengar. Ceramah kedua di Bukit Kecil, DUN Ladang, lebih kurang 1500 datang mendengar. Ceramah ketiga di Kg Kubang Parit, Dun Wakaf Mempelam, lebih kurang 2500 datang mendengar. Ya, ceramah BN bukan ceramah pakatan rakyat.

Ezam ada WOW faktor yang di sebut oleh TS M. Bukan senang tau nak lihat orang datang berduyun-duyun dengar ceramah BN. Tapi orang datang jugak nak lihat kepetahan anak muda ini berpidato, berhujah dan menyergah bekas boss nya.

Khalayak seronok, senyum, ketawa, serius dan tersenggih dengar syarahan Ezam. Inilah yang namanya politik baru UMNO, bila kita berceramah orang ramai datang ...... datang tanpa dipaksa, diupah atau dibayar.

Isu Ezam di Kuala Terengganu adalah tentang Akhlak. 3 perkara yang menjadi intipati dalam Islam adalah Aqidah, Syariah dan Akhlak. Ezam bercakap sikap bekas boss nya, Pak Sheikh yang tidak berakhlak, pagi cakap lain, petang cerita lain, malam omong lain.

Dalam kamus Bahasa Inggeris perangai boss nya itu disebut ‘hypocrite’. Dalam Islam ini disebut sebagai munafik. Munafik adalah sifat manusia yang sangat suka berbohong. Wajarkah Pak Sheikh yang munafik hendak terus disokong? Tepuk dada tanya IMAN.

4 comments:

mn said...

Salam Tuan Peguam,

1. Terima kasih kerana sudi datang menjengok blog saya.

2. Minta maaf la tuan Peguam sekiranya dalam blog saya tu kadang-kadang nampak tak ketahawan hala sikit.

3. Maklumlah penulisnya kadang-kadang terikut style askar kan. Askar Melayu pulak tu.

UMNO PARTI PENJARA said...

Macho :-)




















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Generasi Pejuang Bangsa said...

saya setuju dengan sdr ,kehadiran ezam ke KT memang ramai orang tunggu tetapi ada juga sesetengah blogger UMNO tidak suka budak ezam ini masuk UMNO dan mengaggap Ezam ini liabiliti untuk UMNO..

Ezam mempunyai daya penarik untuk orang mendengar ceramahnya seperti pemimpin2 Pakatan yang hebat dengan karisma nya berceramah ..tidak ramai saya rasa pemimpin UMNO mempunyai aura seperti Ezam,Anwar ketika berceramah ..

Anonymous said...

Salam, saya rasa saudara Ezam dan KJ spoil pilihanraya diKT. Ramai orang sudah tidak suka kepada mereka. Harapkan politik umno ada sikap rendah diri dan ikhlas. Masok kampong nak tunjuk eksyen, hishh, mana orang kampong nak suka, orang melayu Islam dari bandar pon tak suka juga.
ml