Thursday, January 8

Pak Sheikh mat jenin ke Putrajaya



Walaupun telah terbukti segala kenyataan dan perancangan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru gagal, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendendangkan lagu hendak bentuk kerajaan baru.

Jika sasarannya pada 16 September 2008 tinggal angan-angan, pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula dijadikan ‘skrip’ baru bagi melengkapkan drama ‘Perjalanan Anwar ke Putrajaya’.

Menurut beliau, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menjadi faktor mempercepatkan usaha membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.

Kenyataan terbaru beliau itu jika diimbas kembali tidak banyak bezanya dengan lagu yang ‘dinyanyikan’ pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.

Walaupun mendakwa mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat bagi menyertainya membentuk kerajaan, namun semua itu tidak pernah dapat dibuktikan oleh Anwar.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu menjadi ‘Mat Jenin’ dalam soal pembentukan kerajaan baru.

No comments: