Wednesday, February 25

Pas parti YESSMAN

Semalam Agendadaily ada menulis mengenai topik diatas. Pagi ini saya ada menerima email dari seorang sahabat yang menjadi pengemar Pas sejak di kampus lagi.
 
Dia menulis " Di sini ada sedikit program yg akan di adakan pada ?hb Mac 2009 seperti berikut:
 
1)  Program Hi-Tea dan Majlis Dialog
bersama MB PERAK (DS IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN) DAN BEBERAPA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YG LAIN SEPERTI BERIKUT:
 
TARIKH:   ?hb MAC 2009
 
TEMPAT:   DEWAN BANKUET BANGUNAN PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
 
MASA: 3.00pm ~ 6.00pm
 
HARGA: RM20.00 SEORANG
 
KEHADIRAN ADALAH TERHAD KEPADA 1,200 PESERTA YG PERTAMA SAHAJA.
KEPADA MEREKA YG BERMINAT SILA TEMPAH TIKET ANDA SEKARANG.

2) KULIAH MAGHRIB (?hb MAC 2009) SEPERTI BERIKUT:
 
1. MASJID AL-MUNAWWARRAH SEKSYEN 27 TAMAN ALAM MEGAH SHAH ALAM - DS IR MOHD NIZAR JAMALUDDIN (MB PERAK YG SAH)"
 
Saya amat tertarik melihat iklan-iklan yang nak 'mengaut wang' rakyat seperti ini. Peserta bukan sahaja akan membayar RM untuk hadir tetapi nanti mesti ada uncang yang berjalan yang kononnya untuk "perjuangan". Tapi pernahkah wang itu diaudit kemana dibelanjakan ?

Selain dari itu juga sudah semakin menebalkan sekarang dikalangan pemimpin PAS yang menghasut rakyat untuk tidak menurut Rule Of Laws. Yang bukan MB masih mengaku MB. Ini sama kesnya dengan satu ajaran sesat di Selangor, bila ada orang mengaku Dia Nabi.

Ini budaya yang ingin menjuruskan rakyat ke pemikiran YESSMAN. Setiap tindakan politik itu ada batasannya.

Sejak bila orang pencen MB ni dapat tauliah MAIS untuk beri kuliah dalam Masjid di Negeri Selangor. Bukankah ini mempolitikkan masjid namanya wahai Dr Hassan Ali, Exco jaga MAIS, bakal MB Selangor ?

Ada juga usaha pihak tertentu yang mahu penolak institusi yang menjadi tulang belakang keharmonian dan keamanan dinegara ini. Iaitu Institusi Agama Islam dan Institusi Raja Berperlembagaan.

Rakyat dihasut oleh golongan ini untuk tidak menghormati Mufti apabila ada usaha untuk mengkeji dan merosakkan imej Mufti Perak yang mempunyai stature yang sangat dihormati oleh Institusi Agama Islam dinegara ini.

Budaya YESSMAN yang disemai iaitu apa yang PR(PAS, PKR, DAP) buat semua nya halal dan baik adalah satu budaya caca marba politik Malaya diabad ini. Adakah hubungan sesama jantina (gay) itu halal? Adakah bersekedudukan itu halal? Adakah bela babi itu halal?

Ini akan merendahkan martabat ilmu dan ketertinggian akal budi yang sentiasa didokong oleh tamaddun Islam.

3 comments:

gotahlantun said...

KALAU PR BUAT, TERUTAMA PARTI PAS, MESTILAH SEMUANYA HALAL DAN SAH.
TETAPI AGENDA PARTI BN BUAT, MESTADA SESUATU YANG TAK KENA, MAKNANYA SALAH LA TUH..

Anak Kampung said...

Sdr Gotah

Pas memamg hebat, sokong Eli (yang bersekedudukan) halal, sokong Teresa Kok (yang nak bela babi besar-besaran)halal, sokong Anwar (yang dituduh meliwat)juga halal.

Kerana kuasa ana turutkan sheikh!

Syabas PAS.

Anak Kampung said...

Sdr Mohsein,

Saya tidak dapat menyiarkan pandangan anda yang saya rasa mengandungi perkataan-perkataan yang tak sesuai dibaca oleh anak-anak tadika PASTI.

Apa pun saya merasakan kita kena ada adap berbeda pandangan. Saya cadangkan anda belajar dari classmate saya yang sekarang menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Berguru dengan dia. Kami menghormati antara satu sama lain. Dia punyai pandangan yang kehadapan, walaupun dia orang PAS macam anda.

Kita cuma berbeda pandangan, tapi Agama kita tetap Islam, tuhan kita tetap sama Allah Yang maha Esa. Kalau Orang Islam menolak orang Islam dan Pro orang bukan Islam, maka akhirnya Malaya akan jadi macam Palestine. Tepuk dada tanya iman.