Tuesday, March 24

Bukit Lanjan - YB Bogel kekal

Banyak yang melapurkan. Malah dalam suratkhabar pun dah masuk. Khabarnya YB bogel Bukit Lanjan akan kekal sebagai Adun disitu. MB Selangor dengarnya dah buat keputusan untuk mengekalkan YB bogel ini di Bukit Lanjan.

Tempat YB bogel sebagai Exco akan diganti oleh YB Rawang. Dia ini juga budak suruhan YB Batu. Dia pernah bekerja dengan YB itu. Besar betul kuasa dan peranan YB Batu ini dalam penentuan kuasa pentadbiran di Selangor.

Apa alasan PKR untuk mengekalkan YB bogel sebagai Adun Bukit Lanjan menarik minat ramai rakyat akar umbi. Ini dibincangkan sampai ke peringkat parlimen kedai kopi di kampung-kampung.

Bagi PKR istilah tidak bermoral tidak ada dalam kamus politik mereka. Tidak bermoral, tidak berakhlak, tidak berdisiplin itu sama lah. Tidak bermoral ini sama dengan rasuah.

Kalau rasuah itu berdosa, rakam gambar bogel sama lah. Apatah lagi duduk bersekedudakan. Itu lebih teruk lah. Namun bagi PKR, itu tak apa.

Semua itu kerana politik. Keputusan politik demi pertahan kuasa. Kuasa menguasai segala-galanya. Dalam politik bagi mereka segala-galanya halal. Ini namanya politik matlamat menghalalkan cara. 'The End Justify The Means' karya Machiavelli dalam The Prince.

Bezanya Umno dengan PKR sekarang adalah Umno semakin insaf dan sedar akan banyak kesilapan pemimpin parti. Bakal Presiden Ds Najib kata dia akan reform parti. Dia akan perangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Itu reformasi namanya. Umno semakin berubah. Umno serius mahu Reform.

Tapi PKR sebaliknya. Mereka baru dapat gula. Maka semut-semut berebut nak makan gula. Seperti kata Fairus Tim KM Penang, dia menjadi mangsa politik dalaman parti.

Skandal Exco YB bogel, YB Bukit Selambau, YB Penanti adalah bukti dan manifestasi buruknya moral dan akhlak pemimpin PKR. Mereka telah melupakan reformasi. Mereka sedang enak didodoi kuasa.

Mereka mula korup, salah guna kuasa dan melakukan kehidupan tidak bermoral. Mereka lupa perjuangan parti pada 1999 sewaktu parti ditubuhkan. Mereka lupa perjuangan pahit jerih akar umbi. Mereka jadi kacang yang lupakan kulit.

PKR lupa suara rakyat suara keramat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: