Suasana riuh rendah dan caci maki oleh ahli yang hadir kedengaran semasa pengumumuman calon oleh Anwar Ibrahim. Ini jarang berlaku kerana Anwar dianggap pemimpin yang manis dimulut. Tetapi yang ini, pendapat rakyat Merbok diperlecehkan oleh pemimpin itu.
PKR Merbok juga merasakan pandangan mereka juga langsung tidak diambilkira oleh pucuk pimpinan parti. Calon yang dikemukakan oleh PKR Bahagian telah diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja.
Merbok juga rasa sangat terkilan kerana PKR Bahagian Sg Petani diberi peranan besar dalam PRK Bukit Selambau. Akhirnya nama yang dikemukakan oleh PKR Sg Petani diangkat menjadi calon. Bkt Selambau bukan dalam Bahagian Sg Petani. Bkt Selambau dalam Bahagian Merbok. Tapi suara Merbok diketepikan.
Mereka kesal dan tidak berpuashati dengan sikap Ahli Parlimen PKR Merbok yang tunduk kepada cadangan Ahli Parlimen PKR Sg Petani dalam hal-hal yang berkaitan dengan pilihanraya kecil ini.
PKR Merbok dijangka akan memulaukan pilihanraya kecil ini bagi membuktikan kepada Anwar Ibrahim bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan perlu didengar.
Mereka sedih pendapat akar umbi rakyat Merbok tidak diendahkan oleh PKR lagi. "Pemimpin kena dengar kata rakyat, bukan mahu berkeras kepala dia sahaja", menurut mereka lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
2 comments:
Akibat terlalu banyak berjanji, akhirnya janji bakal memakan diri. Tidak mustahil BN merampas Bukit Selambau. Kita harapkan kepada WoW factor DS Najib dan TS Muhyiddin.
aku tak heran kalau BN menang,tapi heran kalau BN kalah.
Post a Comment