Sunday, March 29

Bukit Selambau - Rekod Baru Demokrasi Malaysia

Seramai 15 calon akan beradu kekuatan dalam Pilihanraya Kecil N 25 Bukit Selambau.

Mereka adalah 8 calon india, melayu 6, cina 1.

Mereka mewakili BN, PKR dan 13 orang calon Bebas.

Maka satu rekod baru tercipta di Bukit Selambau. Rekod demokrasi di Malaysia.

Ramai nya calon India membuktikan masyarakat India semakin berpecah. Mereka mewakili kelompok MIC, PKR, Hindraf dan NGO.

MIC semakin irrelevan? Ia kena akui bahawa reform sangat perlu dalam parti ini. MIC nampak semakin kecil dalam kelompok masyarakat India yang sememangnya kecil.

6 calon Melayu pula adalah isyarat jelas bahawa rakyat melayu Bukit Selambau dahaga perkhidmatan wakil rakyat melayu.

Umno sedia bertolak ansur dengan MIC mengenai calon. Tetapi samada orang melayu menerima tolak ansur Umno ini?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: