Saturday, March 21

Isu Fairus - Guan Eng Tipu RAKYAT?

MENGEJUTKAN-Timbalan KM P Pinang Fairus Khairuddin yang juga ADUN Penanti telah serah surat letak jawatan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng kata beliau terima perletakan jawatan timbalannya dari PKR itu.

Sebelum ini ada cerita Fairus diarah letak jawatan oleh DS Anwar kerana dikata gagal jalankan tugas dengan baik.

Beberapa hari lalu Guan Eng menafikan spekulasi perletakkan jawatan ini dengan menyatakan Fairus pergi bercuti dan dia akan kembali bertugas pada hari Isnin ini.

Hari ini KM Pulau Pinang ini memberitahu pula Timbalan nya itu meletakkan jawatan. Pening-pening.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anonymous said...

Masing-masing lawan passing isu Fairus ni. Yang nyata banyak komeng dalam PKR.

Anonymous said...

LIM DAP ni sama aje perangai..penipu besar. Dulu, bila pak Lah kata PRU12 belum lagi, tapi tiba-tiba bubar parlimen, terus kata Pak lah pembohong.

Sekarang, benda sama kena batang hidung dia. Semalam , kata Fairus bercuti aje. Isnin masuk kerja. Alih-alih letak jawatan pulak.

PKR dan pakatan rakyat memang menyusahkan rakyat. Mereka tak ada pemimpin yg berwibawa. Semua tangkap muat. Mereka ni tunggu ajelah PRU 13 nanti, PR akan tumbang....

Anonymous said...

Orang politik memanglah macam tu bagi alasan tetapi cara UMNO lain selalu guna kekerasan.