Friday, March 13

Politik wang - UMNO mula REFORM

Ahli MT UMNO Datuk Norza Zakaria hadir di Mahkamah Majistret Temerloh pagi ini bagi sebutan pertuduhan dakwaan terbabit politik wang.

Beliau dibebaskan dgn jaminan setelah mengaku tak bersalah atas 2 tuduhan rasuah politik.

Beliau merupakan antara pimpinan kanan umno yang menawarkan diri sebagai ahli MT dalam pemilihan Umno bermula pada 23 Mac ini.

Dakwaan di Mahkamah ini dilihat sebagai usaha serius Pak Lah dan Ds Najib untuk membersihkan parti dalam pemilihan kali ini.

Difahamkan ada beberapa kes rasuah politik lagi sedang dalam siasatan akhir SPRM untuk diambil tindakan mahkamah. Ya, seperti mana Norza, ia melibatkan juga ikan jerung dan bukan ikan bilis.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: