' There will be a reforms in Umno and I will adress it latter.
If we don't change, we will be changed. It is no secret we have to change. Insyaallah we have to put right.'
Tiada kata seindah bahasa. Saya sangat teruja dengan ungkapan Ds Najib bahawa umno akan diubah jikalau ia tak mahu berubah.
Reformasi adalah satu perkara yang dituntut oleh generasi muda. Orang muda sudah muak dengan feudalistik Umno. Orang muda sudah melihat Umno itu jumud.
Kalau Umno mahu bertahan makanya Umno kena reform, Umno kena 'renew'. Syabas Ds Najib kerana sudah makin faham aspirasi Generasi X dan Y.
Reform harus tidak hanya di mulut. Reform harus jangan lambat sehingga rakyat hilang sabar dan akhirnya PRU 13 menjadi noktah terakhir kecintaan rakyat kepada BN.
Reformasi adalah lambang rakyat yang cintakan negara. Yang lahir dari kesedaran betapa negara ini milik kita bersama. Negara ini bukan milik pemimpin politik sahaja.
Tidak cukup Umno sahaja reform. Malaya adalah negara pelbagai kaum. Umno tidak akan cukup undi jikalau orang Cina dan India tak mahu undi BN. Seluruh komponen parti BN perlu berReformasi untuk terus relevan kepada rakyat.
Jika BN tidak berubah, BN akan dihukum, jadi BN perlu berubah untuk berada dihati rakyat.
Syabas Ds Najib. Reformasi the way forward.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
2 comments:
Paklah pun dah berubah dan ubah - untuk anak menantu.
Najib mestilah kena ubah - untuk isteri dan kroni.
Yang tak berubah ialah pembangkang - masih jadi berok-mokrasi di jalanan dan tidak matang2 walaupun dah jadi kerajaan di dua tiga negeri.
Yang paling real berubah ialah rakyat - paklah suruh tukar lifestyle, berjimat cermat untuk memastikan dia terus menikmati kemewahan sebagai seorang PM - pernahkah dengar PM mengeluh bil air atau letrik rumahnya dah tertunggak?
Rakyat berubah dari malang kepada derita sejak dua menjak ini.
Sdrku Kluangman
Saya bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan sdr dalam beberapa perkara.
Reformasi adalah milik rakyat yang semakin ditakuti oleh parti-parti di malaya kini.
Reformasi sudah menjadi hantu kepada parti-parti ini. Kalau mereka gagal, maka mereka akan dimakan oleh rakyat.
salam perjuangan.
Post a Comment