Poll itu juga memperlihatkan 58% keyakinan kepada Ts Muhyiddin, 35% Ds Ali dan 29% Ts Muhd Taib sebagai gandingan Ds Najib sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.
Kajian itu melibatkan seramai 1031 responden yang mendaftar secara sukarela kerana minat mereka untuk terlibat dalam pemilihan Umno. 592 daripada mereka adalah orang melayu.
Kajian itu juga diadakan dengan kerjasama Pensyarah Sains Politik UIAM.
Yang menarik dalam kajian ini adalah pandangan ramai responden yang menyatakan persepsi umum (public perception) wajar diambil kira dalam pemilihan Umno pada kali ini.
Rakyat masih berfikir mengenai umno. Umno masih relevan, kata rakyat. Tapi syarat nya jelas. Ambil kira pandangan rakyat. Satu perkembangan positif.
Cabaran kepada Ds Najib adalah samada perwakilan Umno yang berjumlah 2483 itu dengar atau tidak persepsi dan pandangan rakyat dan golongan akar umbi..
Jikalau itu persepsi rakyat, Parti yang tertua di Malaya ini harus melihat semula method pemilihan Pimpinannya. Mungkin corak pemilihan calon Presiden Amerika Syarikat sesuai untuk difikirkan oleh Umno.
Contohnya Obama dipilih sebagai calon Presiden oleh Ahli Parti Demokrat + Ahli Parti lain yang berdaftar sebagai pengundi, di akhiri oleh undi perwakilan Parti Demokrat setiap negeri dalam Konvensyen parti itu.
Umno kena dengar cakap rakyat. Umno kena keluar dari kepompong feudalisme. Umno adalah pertubuhan kebangsaan melayu bersatu. Umno bukan kelab elitetis milik bangsawan.
Umno kini berada dihujung jalan persimpangan. Ada dua haluan. Ke kiri atau ke kanan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 comments:
Salam,
Bagaimana dengan kajian Zentrum Future Studies, UM, oleh Dr. Abu Hassan?
Minta pandangan.
T. kasih
Sdri Ros Bagan Pinang
Antara kajian Merdeka Centre dan Zentrum Future, saya lebih tertarik kepada pendapat yang menyebut keperluan untuk public perception diambil kira oleh para perwakilan umno ketika membuang undi mereka.
Ini menunjukkan ada petanda baik, bila mana rakyat nak supaya pendapat mereka wajar diikut oleh mereka yang akan membuat keputusan.
Secara makro kalau ini diperhati dengan lebih halus, bahawa rakyat melihat umno masih relevan.
Kalau lah umno boleh buat pembaharuan dalam sistem pemilihan pimpinan partinya, tentu ia akan dialu-alukan oleh rakyat terramai.
Umno perlu tajdid, pembaharuan dan reform untuk terus berada dihati rakyat.
Salam perjuangan.
Didalam komen anda, anda menyebut JIKA.... tapi adakah JIKA ini menjadi topik utama mereka dalam perhimpunan nanti? Pemimpin UMNO lebih berminat utk gain the individual power rather than for the party. My mum also a good umno servant for sometimes but she has been cheated by pemimpin2 umno cawangan and bahagian. Damnnnn...!!! What the suck this kind of pemimpin...
Post a Comment