Saturday, April 25

Lantikan Ds Najib - Ramai terkedu

DS Najib telah buat indikasi awal bahawa dia nak Umno melalui proses TRANSFORMASI. Semalam dia teruskan usahanya, tanpa menoleh kebelakang.

Ramai orang terkedu. Ramai yang tak menyangka. Bagi DS Najib cukup jelas, otai masih boleh diterima dengan syarat dia bekerja keras untuk parti.

Pimpinan ini juga menyaksikan keberanian Presiden parti meletakkan orang baru seperti Husni dan Ahmad Maslan menjadi teraju kanan. Husni dilihat sebagai seorang akauntan yang kredible. Rekodnya bersih. Dia 'talk fact and figure'. Dia orangnya selamba. Dia tak banyak cakap. Presiden perlukan orang yang sangat amanah macam Husni untuk menjaga khazanah parti.

Ahmad Maslan pula punyai potensi besar. Pidatonya hebat. Artikulasinya dihormati oleh rakan dan lawan. Cabaran besar Ahmad Maslan adalah mencari formula baru penerangan parti. Kita kena akui penerangan adalah jabatan yang gagal dalam Umno.

Ahmad kena buat TRANFORMASI total penerangan kalau nak dilihat Umno boleh bersaing dengan PAS, DAP dan PKR. Kalau tak, Umno akan terus berada di kedudukan nombor corot dalam penerangan politik.

Dalam ramai-ramai yang baru dilantik itu, ada yang terkejut apabila Rafidah, Shahidan dan Tengku Adnan masih kekal. Ramai kata, kalau Presiden bercakap soal parti nak bersih, presiden kena minta tiga orang ni tengok cermin.

Saya pun tak berapa nak faham apa rasional Presiden melantik orang yang macam ini. Soal saya, kita nak menang tak dalam PRU 13. Kalau nak kalah, pertahankan lah orang yang korup, lagi cepat lah kapal tenggelam.

3 comments:

UmnojoinPas said...

Teguran membina,bagus utk kebaikan.Aku setuju.Kalau nak dilihat berubah BN tidak boleh ambil yg dah 'tercemar' krn akan terus di pandang serong oleh rakyat.

Quantum Metal Consultant said...

Presiden buat lantikan untuk menjaga dirinya, isteri dan anak cucu - bukan untuk ahli UMNO dan rakyat Malaysia.

TAAVEEKUN PERAK said...

UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.