Thursday, May 21

Biasiswa Persekutuan - Cina curi hak Melayu

Kenyataan Menteri Pengangkutan baru-baru ini bahawa Mca akan 'all out' untuk memastikan biasiswa JPA diberikan kepada mereka yang benar-benar layak adalah satu kenyataan separuh 'masak' dari pemimpin paling kanan Mca itu.

Isu biasiswa adalah isu yang sering wujud pada bulan april hingga julai setiap tahun. Isu ini adalah isu perkauman sempit yang diperjuangkan oleh secara rutin oleh Mca juga pada setiap tahun.

Apakah setelah kita merdeka lebih dari 50 tahun, parti cina terbesar itu tak faham-faham Perlembagaan Persekutuan sehingga membuat desakan-desakan seolah-oleh Malaysia ini macam Tanah Besar China atau Republik Taiwan ?

Kenapa Mca sekarang tidak mahu 'subscribe' faham sosial kontrak yang turut diperjuangkan oleh bapa-bapa Mca seperti Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dan ramai lagi.

Kenapa Ong Tee Kiat tidak menjadi negarawan dengan turut memperjuangkan pemberian biasiswa oleh konglomerat cina kepada anak-anak melayu? Kita tahu bagaimana konglomerat cina yang menguasai 70 % ekonomi negara langsung tidak memandang orang Melayu dalam pemberian biasiswa.

Biasiswa Jpa adalah sebahagian perlaksanaan dasar hak istimewa orang melayu yang disebut dalam artikel 153 perlembagaan Persekutuan. Dalam artikel itu disebut hak istimewa orang Melayu itu cuma ada tiga. Pertama mengenai biasiswa persekutuan, kedua kouta dalam perkhidmatan awam, ketiga lesen dan permit perniagaan.

Hak ini bukan wujud mulai setelah merdeka, tetapi berpuluh dan beratus tahun sebelum itu. Malahan sebelum kedatangan orang cina dan India ke Tanah Melayu pun hak ini dah ada.

Timbal balik hak istimewa ini adalah orang cina dan india diberikan kerakyatan sebagai rakyat malaysia yang sah disisi undang-undang.

Ada kawan yang menyebut kalau hak melayu ini hendak dicuri, hendak ditarik balik hendak dihapuskan MAKA hak kerakyatan orang cina dan india juga boleh dicuri, boleh di tarik balik dan boleh dihapuskan.

Sosial kontrak adalah perjanjian DUA pihak. Kalau satu pihak sudah mula mungkir janji maka kontrak ini boleh terbatal. Ia boleh jadi 'VOID AT INITIO'.

Kalau kontrak ini terbatal maka ia akan menyusahkan semua pihak. Waktu itu mungkin air mata darah tiada berguna lagi.

Kepada pemimpin politik Melayu dalam kerajaan atau luar kerajaan ingat lah pepatah lama jangan menang sorak kampung tergadai.

Kita mengajak semua pemimpin negara supaya mereka bersikap sebagai Negarawan yang boleh berfikir untuk 'next generation' dan bukan 'politician' picisan yang hanya mementingkan untuk 'next election'. Asasnya adalah Perlembagaan dan undang-undang negara.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saudara dijemput untuk buat komen dalam blogs.
Saya tak kisah dari puak mana pun.

Isu semasa dan panas dalam

http://penpusaka.blogspot.com/

Anonymous said...

cina tak ada bezanya dgn yahudi..kita kena buat sesuatu sebelum terlambat..

tempursakti said...

salam tuan,
setuju dengan hujah tuan,kenapa MCA tak desak sumbangan biasiswa dari konglomerat cina untuk diagihkan kepada melayu...
Nampak sangat lah kini cina malaysia semakin hari semakin menekan walaupun mereka sebahagian daripada kerajaan yang diteraju BN.
Inilah padahnya bila orang melayu tak bersatu,kekuatan politik melayu dah berpecah dek perebutan dan kerakusan nak berkuasa hinggakan kaum-kaum lain sudah berani mendesak minta itu dan ini.
Begitulah bila pokok dah condong,bukan kera dan lotong saja yang "mengerabat",kura-kura pun turut mengerabat juga.

Generasi Pejuang Bangsa said...

saya setuju dgn sdr ..

kita mesti pertahankan hak kita !! UMNO tidak perlu tunduk kepada mereka ini ..

Anonymous said...

Dah nampak kan duri dalam daging BN. Parti si Muthu dan Ah Chong ni hanya memperjuangkan kaum dia orang saja. Tak faham kenapa majoriti BN (UMNO) tak ada yang buat kenyataan. Tak de telor? gapena pun satu. Nape tak buat demotrasi bantah soalan JPJ dalam BI sebagaimana dicadang Menteri Pengangkutan. Lebih baik gapena dieja G A M P A N G