Monday, May 11

Dun Perak-Nak bubar juga

Dalam kenyataan bertulisnya DS Nizar tetap mahu DUN Perak bubar dan ada pilihanraya semula seperti diputuskan sidang DUN bawah pokok dulu.

Nizar tiada pilihan kerana dia tak ada sokongan majoriti di DUN Perak lagi. Tapi dia kena ingat bahawa kuasa untuk bubar dewan adalah kuasa Sultan. Itu kuasa mutlak Sultan, bukan kuasa MB.

Seperti biasa Nizar menerima nasihat dari 'sepupunya' Nga dan Ngeh Dap. Menariknya mahkamah cuma 'reinstated' Nizar seorang sebagai MB, Exco lamanya terkubur dengan sendirinya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

Anonymous said...

Buat apa nak bubarkan DUN Perak.Tak ada sebab.Biar bersidang,undi tak percaya,kick out Nizar.Habis cerita.
Tetapi PR akan buat chaos sampai hasrat dia tercapai.Dijangka Sultan akan kena hentam lagi.Dan DUN jadi zoo lagi.

keta_besi said...

sedara-sedara sekalian, saya nampak semua mengeluarkan pendapat menggunakan perasaan bukan fikiran. Saya tak kisah sapa yang jadi menteri tapi sila sematkan dalam fikiran semua, nampak sangat kita terlalu emosi. sama islam dan sama melayu gaduh jangan nanti tanah halaman untuk anak cucu tergadai. Untuk renungan semua renunglah kembali bab bila panglima islam khalid al walid yang tidak pernah kalah perang dilucut jawatan oleh khalifah umar, dia tak bantah walaupun dia ada kuasa tentera yang ramai. dia ikut arahan khalifah umar. Pernah satu masa Ubaidah minta tentera islam untuk lepaskan pahlawan islam yang ditawan dan tak ada sape yang sanggup.Ubaidah bertanya umar kenapa tak menyahut pelawaan dia dan khalid jawab bahawa dia tunggu arahan ubaidah. Ubaidah jawab dia tak sanggup untuk arahkan khalid kemudian khalid balas balik jikalau budak 12 tahun dilantik oleh khalifah, dia akan ikut arahan tu. jadi renung-renunglah. ekonomi makin kelam kita asyik gaduh. tak ada untung kita macam nie.

Anonymous said...

ADUH..., ASIK-ASIK NAK BUBUR DUN. BERAPA BANYAK LAGI DUIT RAKYAT NAK DIPAKAI UNTUK MEMUASKAN NAFSU SARAKAH POLITIK ORANG MELAYUKU INI. BERAPA RAMAI SAUDARAMARAKU YANG PERLU DIBANTU.., MASALAH2 BANJIR YANG BOLEH DISELESAIKAN, BANTUAN2 PENDIDIKAN DAPAT DISEGERAKAN. MENGAPA ADA YANG MENYOKONG BUBAR DUN SEDANGKAN MEREKA MAKAN PUN X KENYANG.. KENAPA!!!!

PARPUKARI said...

APA SUSAH, ADAKAN SIDANG TERGEMPAR DUN DAN JALANKAN VOTE OF NO CONFIDENCE..

HABIS CERITA!