Tuesday, May 12

IPOH MALI 2-Prosiding rayuan

Prosiding rayuan bagi tangguh keputusan Mahkamah Tinggi sahkan Nizar sebagai MB Perak sedang berlangsung.

Keputusan dijangka tengahari ini. Untuk rekod, semalam mahkamah tidak membenarkan tangguhan keputusan.

Tapi ini cuma TANGGUH PERLAKSAAN KEPUTUSAN (stay of execution). Maknanya keputusan itu ditangguhkan kerana menantikan proses rayuan.

Ini adalah perkara biasa dalam mahkamah, iaitu jikalau mana-mana pihak yang kalah boleh mohon mahkamah tangguhkan perlaksanaan keputusan itu kerana pihak yang kalah ingin membuat rayuan. Maka perlaksanaan keputusan itu akan tertangguh sehingga mahkamah yang lebih tinggi ie mahkamah Rayuan dan mahkamah Persekutuan mendengar rayuan tersebut dan buat keputusan.

Pihak yang membuat rayuan juga boleh memfailkan certificate of urgency untuk perkara tersebut didengar awal oleh mahkamah mahkamah rayuan tersebut.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

cepatnye.
tetibe jer..