Wednesday, May 13

Penerangan Polemik Politik Perak

Ada tiga perkara penting yang sangat relevan yang perlu difahami dari keputusan Hakim Mahkamah Tinggi mengenai Polemik Politik Perak.


KUASA RAKYAT
Rakyat telah diberikan hak dalam pilihanraya umum, yang terbaru PRU 12 yang lalu. Hak ini rakyat laksanakan dengan mengundi dalam pilihanraya itu, termasuk rakyat di Perak. Yang rakyat berikan kemenangan adalah Umno 27
Dap 19, Pas 6, PKR 4, MCA 1.

Uniknya demokrasi di Perak, Umno yang mendapat kemenangan kerusi terbanyak telah tidak diberikan peluang menjadi MB. Akhirnya Pas yang hanya menang kerusi minoriti 6 menjadi MB. Pas hanya menjadi boneka kepada DAP, penguasa sebenar.

Namun Rakyat telah diberikan haknya. Kemudian wujud kemelut politik. Kemelut politik berlaku apabila yang menang itu lemah dan tidak tahu mengurus aspirasi rakyat.

Kalau ada yang kata rakyat harus diberikan lagi hak untuk memilih kerajaan baru, itu bukan lah pilihan terbaik. Kita tak tahu jikalau ada 'snap election' bagaimana keputusannya. Mungkin ia akan sama dengan sekarang ie majoriti nipis kepada kerajaan yang memerintah.

Bak kata orang kedah, pi mai pi mai tang tu jugak. Negara ini berlandas west minster British. Kita bukan jenis macam Thailand yang tiap tahun ada pilihanraya, tiap tahun ada rampasan kuasa.


KUASA SULTAN
Apabila kemelut politik berlaku, tiada ketentuan dalam kerajaan negeri. Maka ada yang melompat. Melompat parti itu sah di negara ini. Kita tak ada undang-undang yang halang Adun melompat. Semua politician sama. Kalau ada peluang yang lebih baik, mereka akan melakukan segala nya.

Maka bila dua PKR dan satu DAP melompat maka majoriti BN di DUN menjadi 28+2+1=31. Bila ini berlaku Sultan guna peruntukan dalam Perlembagaan Negeri. Sultan Perak adalah orang yang sangat berpelajaran dalam undang-undang. Baginda pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Ketua Hakim Negara. Beliau sangat arif dalam undang-undang.

Baginda telah melaksanakan tanggungjawab setelah MB dah hilang majoriti di DUN. Perlembagaan Negeri Perak 'silent' mengenai prosedur ini. Jadi baginda menggunakan budibicara dengan memanggil semua Adun BN dan 3 Adun bebas itu.

Baginda interview mereka satu demi satu. Mereka ditanya siapa mereka sokong. Setelah yakin BN dapat sokongan majoriti Adun maka baginda suruh BN tubuh kerajaan. Prosedur ini sama dengan proses sewaktu baginda perkenan Nizar menjadi MB Perak.

Kalau mahkamah Tinggi kata Nizar masih MB kerana prosedur perlucutan tidak betul, mahkamah juga patut kata dia juga MB tak sah kerana prosedur perlantikan tidak betul ! Mahkamah Tinggi beranggapan prosedur yang betul adalah aturan yang harus di lakukan di DUN, sedangkan Perlembagaan Perak 'silent' mengenai perkara ini.


KUASA MAHKAMAH
Bila PR tak berpuas hati maka Nizar mohon mahkamah untuk mentafsirkan apa yang berlaku. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa hanya DUN sahaja yang boleh melucutkan jawatan Nizar sebagai MB melalui undi tak percaya di sidang DUN.

Oleh kerana prosedur ini tidak berlaku maka Nizar masih MB yang sah.

Keputusan mahkamah ini membuktikan sistem kehakiman dinegara ini sangat adil dan tidak berpihak.

Namun keputusan ini adalah keputusan sementara kerana proses rayuan masih terbuka. Lepas ini pihak-pihak yang terlibat boleh merayu di mahkamah rayuan kemudian di mahkamah Persekutuan akhirnya.

Senang cakap proses mahkamah ini baru keputusan suku akhir. Lepas ini masuk separuh akhir di mahkamah Rayuan. Kemudian final di Mahkamah Persekutuan. Barulah keputusan ini muktamad.

Peminat PR jangan berhorei berlebihan, belum tentu keputusan dimahkamah Persekutuan itu sama dengan keputusan di mahkamah rayuan atau dimahkamah Tinggi. Tapi itulah prosedurnya di Mahkamah.

Keputusan yang paling muktamad diputuskan oleh Hakim-hakim yang Amat Arif di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah telah dan sedang beroperasi dalam menjalankan kuasanya mengenai kes ini. Adalah terlalu awal untuk nak kata siapa yang benar-benar menang kerana masa permainan di mahkamah belum tamat lagi.

Setelah kita beri hak dan kuasa kepada Rakyat, kemudian kepada Raja dan kini kepada Mahkamah, kita wajar bersabar dengan proses ini.

Adalah amat tidak matang ketika mana proses mahkamah ini berlangsung ada pihak mencadangkan kuasa ini dikembalikan kepada rakyat, sedangkan 'permainan' di mahkamah belum selesai. Ini adalah tekanan yang dimainkan oleh pihak yang tidak menghormati keputusan rakyat dalam PRU 12 lalu.


DEMOKRASI BERJALAN KUKUH
Yang namanya demokrasi itu bukan kuasa rakyat semata-mata. Demokrasi adalah cara pemerintahan. Matlamat akhir pemerintahan adalah untuk memberikan keamanan, kesentosaan, kemakmuran kepada negara yang di huni oleh rakyat. Demokrasi tidak akan mencapai matlamat jika akhirnya huru hara, kacau bilau dan tyrany berlaku.

Ciri-ciri demokrasi berbeza bagi setiap negara. Di Malaysia ia disebut sebagai Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. Antara ciri-cirinya adalah Rakyat, Pilihanraya, Parlimen, Raja-raja dan Kehakiman. Hak-hak dan kuasa-kuasa setiap ciri itu perlu di hormati dan dipertahankan untuk Malaysia kekal aman, sentosa, maju dan sejahtera.

Polemik Politik Perak semakin mengukuhkan elemen demokrasi dinegara ini.

6 comments:

Antibarua said...

Tahniah dan syabas atas tulisan anda.

Ulasan yang cukup mantap dan berilmiah melangkaui pemikiran jumud barua-barua kepada BABI dan anjing DAP.

Ada akai ka?

Small Talk said...

Syabas saudara...tulisan saudara amat bernas sekali...

Mohd Sufian said...

Tahniah saudara kerana memberi penjelasan yg mantap.

Bijen M. said...

teruskan saja undi tak percaya..
habis cerita..

Anonymous said...

bravo penerangan yang jelas salute bro...???

Anak Kampung said...

terima kasih semua kerana sudi bertandang di laman maya warisan