Wednesday, May 6

Terbaru-Mohamad Sabu ditahan

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan oleh polis di KL jam 3.10 petang tadi. Sehingga kini polis belum buat kenyataan rasmi mengenainya.

Md Sabu adalah orang lama penggerak pelbagai demonstrasi anjuran Pas. Dia pernah ditahan dibawah ISA. Bahkan sewaktu itu dia menjadi calon pas menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dalam PRU 1986.

Menahanannya mungkin ada kaitan dengan usaha pihak tertentu terutamanya Pas yang bercadang hendak mengadakan perhimpunan di Ipoh esok. Mereka dikhabarkan akan berarak ke DUN Perak yang bersidang esok.

Kalau hukum rimba yang dipilih oleh pemimpin Pas, Dap dan PKR, mereka wajar menghadapi hukum parlimen yang dibuat oleh rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan di negara ini.

1 comment:

TAAVEEKUN PERAK said...

deme nih semua ulama brutal.sama taraf dgn mat rempit.padan muka.hampeh punya manusia.