Thursday, July 2

Kerana mu H1N1

Bila ada sahabat yang menyebut BABI itu adalah Bro Anwar Bin Ibrahim, secara dasarnya saya kurang bersetuju.

Namun apabila Rais Yatim sebut virus A H1N1 wajar dipanggil sebagai selsema babi, itu saya setuju. Kita elok panggil H1N1 sebagai selsema babi kerana wabak ini memang datang dari babi yang mengena kepada orang yang makan babi.

Di Kedah pula Kerajaan campuran di Kedah pecah kerana babi, pabila Dap isytihar keluar pakatan pembangkang membantah Majlis Bandaraya Alor Setar roboh rumah sembelihan babi.

Lim Guan Eng Setiausaha Agung Dap keluarkan kenyataan hentam kerajaan PAS Kedah sebagai tak hormat DAP macam DAP hormat PAS di Penang. Namun katanya keputusan DAP Kedah belum muktamad. Dap sedia mempertimbangkan lagi keputusan mereka itu, jikalau kerajaan Pas sedia mengalah.

Anwar Ibrahim pula menganggap isu DAP keluar Pakatan di Kedah boleh selesai selepas beliau dengar penjelasan MB DS Azizan. Kata Anwar, itu isu enteng. Itu cuma perkara kecil lah, kata dia lagi.

Yang terbaru MB Kedah DS Azizan Razak kata takat ni beliau belum lagi terima surat rasmi berhubung keputusan DAP nak keluar dari pakatan pembangkang di Kedah. Namun bagi beliau, Dap di Kedah ni macam nasi tambah. Maknanya kalau ada tak apa, tak ada pun tak apa.

Babi oh babi, besar peranan binatang ini dalam kehidupan manusia sejagat.

2 comments:

Tok Pambu said...

PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

Anonymous said...

pas n dap sama2 bodo