Saturday, July 18

"Setiausaha Politik" : Membohongi Minda Rakyat


Saya masih ingat dalam suatu majlis MBM apabila seorang “Mantan Presiden” dipanggil untuk berucap. Dalam ucapannya dia tidak gemar dirinya dipanggil Mantan Presiden, kerana Mantan itu maknanya “Manusia Tanpa Jawatan”. Gunakanlah perkataan biasa “Bekas Presiden”, itu lebih lunak katanya.

Entah bila istilah Mantan ini disebut di tanah air ini. Tetapi seingatan saya, manusia durjana yang memperkenalkan perkataan ini adalah Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Beliau jumpa perkataan itu sewaktu melawat negara jiran dan membawanya balik tanpa usul periksa.

Atas nama pembaharuan konon nya beliau memperkenalkan perkataan ini. Maka sekoyong sekayang pemimpin bahasa waktu itu men iya kata pak menteri. Walaupun yang diperkenalkan oleh pak menteri itu sebenar benda busuk yang merosakkan bahasa.

Kini istilah "Setiausaha Politik" pula digunakan kepada mendiang Teo pegawai khas Exco yang mati terjerat oleh laman kongsi gelap yang ada hubungan dengan pimpinan partinya. Persoalan dikepala saya, sejak bila jawatan Setiausaha Politik diwujudkan untuk seorang Exco Negeri Selangor. BN memerintah lebih lima puloh tahun di Selangor tiada pun istilah ini digunakan untuk membantu Exco. Layakkah seorang Exco dapat Setiausaha Politik? Dia guna undang-undang atau peraturan mana? Atau main hentam peduli apa, aku berkuasa aku lah Raja. "I have the power, I'm the King!".

Diperingkat Negeri Setiausaha Politik hanya layak kepada Menteri Besar. Selain dari itu MB memang layak perkhidmatan Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, Setiausaha Akhbar dan Pegawai Khas. Exco memang tak layak dapat Setiausaha Politik. Kalau dia ada Setiausaha Politik yang berkhidmat dengannya di pejabat Exco maka sah lah itu salah guna kuasa. Exco hanya layak mempunyai seorang pegawai khas yang berkhidmat dengan nya dipejabat Exco selain seorang steno.

Kenapa Teo dilekatkan dengan istilah Setiausaha Politik oleh Bossnya Ean? Jawapannya mudah, untuk meraih pengiktirafan agar tampak besar, segak, tampan dan bergaya. Ini penipuan terancang kepada minda rakyat. Ini nak membodohkan minda rakyat. Ini konspirasi melacurkan istilah Setiausaha Politik. Dan yang pelik nya hampir semua media termasuk media kerajaan pusat menggunakan istilah ini. Bodohkan Editor media kita yang mudah dilacurkan!

Bila berjawatan besar maka “claim” pun besar. Itu yang sampai MB Selangor belanja lebih RM 30 ribu untuk pathology hospital swasta turut serta dalam postmortem mayat Teo di Hospital Klang, walaupun pathology HKL dan UH sudah sangat cukup kepakarannya. Itu juga MB bagi RM 20 ribu untuk belanja kebumi Teo. Wow mewahnya berbelanja! Nilai RM 50 ribu ini boleh buat 3 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Itulah salahguna kuasa Exco dan MB. Salah guna istilah jawatan dan salahguna wang rakyat untuk suku sakat, kaum kerabat yang berada digerbang kekuasaan. Bermewahan untuk belanja orang yang sudah mati sedangkan rakyat marhaen melarat dengan kemiskinan dan kesusahan dalam dunia ekonomi yang semakin mencengkap. Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely. Even little power has corrupt very quickly.

2 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Bro Hamidzun,

Artikel menarik. Iziznkan saya link kan dengan blog saya.

Anonymous said...

Abe

SPRM aku cadangkan tukar kepada SPRBN, kerana kalu kes PR laju macam biawak kena kejar, kalu kes BN menikus macam nak mampooooooos.

tunggulah PRU 13, aku pastikan aku antara pengundi akan pastikan riwayat BN mamposs selamanya dimuka bumi malaysia ini, kalulah ini contoh yang nak dtunjukan kepada rakyat.

aku baru aje nak mula berpandangan positif pada BN tapi BN dah buat benda yg tak boleh akal aku terima.

tolonglah pemimpin BN jgn lakukan benda yg mengaut macam ini jika kamu rakyat sokong kamu balik dalam PRU 13 nanti.