Dia sudah menjadi ikon masyarakat anti establisment. Anak muda ini bukan orang miskin. Dia orang kaya kerana berkerja dengan orang yang menyuruhnya songlapkan duit peruntukan ADUN kawasan. Ini rasuah namanya.
Dia juga kaya kerana dia bekerja dengan orang yang jaga samseng dan gangsters seluruh selangor dan wilayah. Hebat tuh, kepala gangster. Dia terajang pintu bilik mayat sampai tercampak. Dia peduli apa apa, negeri ini dia punya. Dia kata bukannya dia tak takut polis, cuma polis yang takut dengan dia. Polis zaman PM baru ini pun satu hal, lembik dan lembut macam menterinya.
Matinya Dia diratapi, ditangisi, malah menjadi igauan kalau dapat mati macam ini. Mati yang mendapat liputan berminggu-minggu oleh akhbar, TV dan tak ketinggalan oleh bloggers juga. Matinya nya di biayai, kuburannya dibiayai oleh kerajaan negeri selangor, orang kaya pun dia bagi duit bila mati.
Bukan setakat itu, matinya dia disalahkan pulak orang lain. Satu malaysia nak disalahkan kerana dia mati. Tentunya hebat. Perjuangan menubuhkan suruhanjaya sangat penting, ini betul-betul matinya sangat bernilai tinggi, lebih bernilai dari mati askar atau polis yang menjaga keselamatan ibu pertiwi.
Matinya juga didatangkan pakar forensik dan patologi dari luar negara. Pakar khas diimpot. Bukan satu, bukan dua tapi tiga. Semuanya ditanggung beres oleh kerajaan negeri selangor. Tahniah kepada mb melayu yang cepat dan cekap membelanjakan wang rakyat untuk kroni-kroninya.
" SHAH ALAM 10 Ogos - Tiga pakar forensik bebas termasuk dua dari Thailand dibawa khas bagi membantu pakar-pakar dari Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengumpul serta menganalisis bukti-bukti.
Mereka ialah Ketua Unit Tempat Kejadian Jenayah, Leftenan Kolonel Somchai Chailermsooksant dan Ketua Unit Perubatan Forensik Klinikal, Dr. Triyarith Temahivong masing-masing dari Institut Pusat Sains Forensik Thailand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor.
Turut dikatakan akan membantu barisan peguam pemerhati ialah seorang lagi pakar patologi forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojana Sunand."
Matinya juga, mereka menulis menghentam pendakwah Islam, mereka salahkan Islam yang menjadi menyebab orang itu mati, mereka PU.. dan sialkan islam. Dan sampai sekarang mereka masih bebas lepas, sebab dia YB, sebab dia dari pembangkang, kalau tangkap takut mereka buat demo besar-besaran! Aduhai pak menteri yang juga dah naik sasau.
Matinya juga, ramai yang paksa kerajaan untuk halalkan anak luar nikah Dia sebagai anak sah ! Dan kerajaan negeri didesak oleh EXCO untuk membiayai kehidupan anak haram itu sampai dia dewasa.
Oh indahnya mati sebagai seorang patriot gangster.
Bak kata pak aziz timbalan pengerusi tetap umno semalam, JANGAN SAMPAI ORANG ISLAM HILANG AKAL.
1 comment:
khalid da jdkan selngor ngri hongkong. dia lupa ngri ni ngri bangsa nye sndri
Post a Comment