ROHAIZAT BIN OTHMAN Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009. Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.
Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini"DSN, nak minta tolong.
Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya di sini :http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/_disciplinary_orders_january_march_2008.html"
Saya panjangkan makluman itu kepada YAB MB Pahang yang berada bersama dengan YAB TPM dengan harapan supaya calon lain dicari untuk gantikan Rohaizat. Malangnya, apabila maklumat dari saya itu diterima, TPM meminta pandangan dari Lawyer UMNO.
Lawyer Umno mengambil pendekatan yang sangat jauh lari dari sasaran apabila menasihatkan bahawa Rohaizat layak bertanding dan pencalonannya tidak akan ditolak oleh SPR walaupun ada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Begitulah keadaannya apabila Lawyer Umno "cannot see the woods from the trees!"Rohaizat tetap dicalonkan dan memang betul pencalonannya tidak ditolak.
Mula dari hari pertama kempen sehinggalah ke hari akhir, Pas terus bawa isu Rohaizat "struck off" oleh Bar Council atas kesalahan seleweng duit pelanggan.Pada 20hb Ogos 2009 jam lebih kurang 11.55 malam, saya dapat panggilan telefon dari rakan sejawat yang berkhidmat dengan TPM, mengatakan Rohaizat baru sahaja selesai berucap di Pentas Pemuda menafikan dia ada isteri kedua.
Rakan itu minta tengok rekod di Mahkamah Syariah Pekan Pahang kerana sebenarnya Rohaizat telah daftarkan perkahwinan kedua itu di Pekan Pahang! Apakan daya saya di waktu tengah malam itu? Satu lagi non-disclosure dilakukan oleh Rohaizat! Kenapa Rohaizat suka besembunyi? Rayuan tentang hukuman Majlis Peguam yang telah dibuat ke Mahkamah Tinggi Penang pun disembunyikan. Isteri kedua pun disembunyikan. Mungkin dia takut B1N1 ! Tapi dalam PRK, B1N1 tidak penting! Minta maaf sahaja lah kalau susah sangat untuk minta izin!
Nah...kedua-dua isu itu dimainkan oleh Pas dan tiada lagi dalam sejarah PRK sejak 10 tahun saya menjadi Setiausaha Politik, BN terpaksa menyelesaikan isu peribadi calon sehingga tiada masa untuk bincang atau selesaikan isu di kawasan pilihanraya itu.
Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali Lawyer Umno dan Pengerusi Umno Pulau Pinang! "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !..
Terima Kasih dongtalk.blogspot.com atas tulisan diatas yang lebih berterus terang mengenai politik pilihanraya kecil.
Umno sebenarnya cuma kalah 1 - 0 dalam pilihanraya kecil selepas PRU 12. Namun apa yang berlaku di Permatang Pasir menunjukkan sikap jentera dan pemimpin Umno yang makin nyeyak tidur. Mereka masih tak bangun tidur dari kekalahan dalam PRU 12 rupanya.
Kemana perginya JASA, KEMAS, SERANTA, SB, MIO, BTN yang kita tahu harus sensitif kepada isu-isu setempat. Mereka tidur dan lena TIDUR ???
Untuk berlaku adil dengan mereka, mungkin kah mereka celik tetapi pemimpin UMNO yang TIDUR ???
Mungkin yang paling nyenyak tidur adalah Pimpinan Umno Bahagian Permatang Pauh yang masih berantakan dengan kemelut politik yang tidak kunjung reda. Takkala Bahagian diminta untuk mencadangkan nama calon, rupanya mereka cadangkan orang yang akan terus membawa rebah.
Sesungguh NAIF sangat lah pemimpin kita kalau mengharapkan YANG PIPIH DATANG MELAYANG dan YANG BULAT DATANG MENGGOLEK.
Sekadar ingatan - NAMPAKNYA BULLDOZER YANG DATANG ITU MAKIN LAJU.
3 comments:
Semoga "bulldozer" yang datang tidak meranapkan keseluhan perkampungan yang telah berdekad dibina. Buat pihak-pihak yang Tuan Hamidzun sebutkan di atas, teruskan tidur lena.
apa kata kami sms plak bgtau kami tak suka najib.. org2 umno bleh terima ka? good leadership tak dak la pi makan angin luaq negeri smpai negara duk kena h1n1 dia tak amek peduli.. apa pun alasan, najib kna pantau sendri h1n1.. PM makan angin nmpknya..
salam saudara...
utk menyalahkan beberapa agensi kerajaan yg sdr sebutkan adalah keterlalauan...
kita blh bincang melalui email..
siapa sebenaranya yg tidak mendengar nasihat, pandangan agensi2 yg sdr maksudkan tadi?..
saya percaya, jika suara agensi tersebut digunapakai, sudah pasti
bukan calon itu yang bertanding..
so, tepuk dada tanyalah pada UMNO, yang selama ini ingat hanya dia saja betul dan boleh menjalankan kerja-kerja politik??
maaf cakap, orang UMNO hanya berani dan ada strategi menentang ahli UMNO sendiri terutamanya masa pemilihan UMNO...
mereka ni langsung takda strategi & ikut perkembangan semasa pihak lawan...
tkasih atas kkeprhatinan saudara.
alongsafri@yahoo.com
kemasjelebu
Post a Comment