Statistik Selangor - 4.8 juta penduduk (2006)
Melayu 2.5 juta - masjid 358 dan (kira-kira) 1,000 surau
Cina 1.3 juta - tokong 1,015
India 647,000 - kuil 810
Kristian 50 ribu - gereja 27
Sebagai perbandingan statistik diatas, saya yakin jumlah rumah Ibadat bukan Islam di Negeri Selangor jauh lebih banyak dengan jumlah rumah Ibadat bukan Islam di Singapura walaupun Selangor dan Singapura mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama.
Di Singapura sekarang penduduk Melayu berjumlah 18% dan penduduk kaum India 21%, manakala penduduk kaum cina lebih kurang 60%. Kita lihat bagaimana negara bebas demokrasi Singapura tetapi mereka agak tidak endah tentang rumah ibadat. Adakah demokrasi maknanya perlu ada beribu rumah ibadat disetiap ceruk jalan?, Singapura kata tak perlu !
Begitu lah tolerannya dasar yang diterapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama puluhan tahun. Adakah statistik diatas tidak melambangkan keterbukaan kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak merdeka?
Islam bukan lah agama penindasan dan Islam tidak menyekat agama lain. Saya berpendapat ini satu lagi persepsi dan tanggapan salah dalam membahaskan isu yang melanda.
Kalau di amati dari statistik diatas, jelas yang tertindas adalah umat Islam di Selangor kerana walaupun jumlah mereka lebih ramai dari orang bukan Islam namun jumlah tokong, kuil dan gereja jauh lebih banyak dari masjid dan surau.
Membina rumah ibadat yang besar dikawasan yang jumlah penganut yang terlalu kecil adalah tidak praktikal lagi tidak munasabah. Ia sekadar mengundang mala petaka yang tidak di ingini oleh semua pihak.
Agama itu menyantunkan, Agama itu mendamaikan, Agama itu membahagiakan. Agama itu rosak apabila dipolitikkan. Apatah lagi jikalau semua Agama hendak di politikkan. Orang politik harus hormat agama dan bukan menjadikan agama sebagai pakaian yang hendak di kusut masai dan corang caringkan. Akhirnya Agama akan jadi koyak rabak.
Pemimpin harus berjiwa besar walaupun ia berbadan kecil, pemimpin yang berbadan besar tetapi berjiwa kecil sesuai berada di dalam longkang ! Menjadi jaguh agama-agama yang mencanai politik hanya akan menjadikan masyarakat hilang pertimbangan dan menjadi porak peranda.
PILIHAN DI TANGAN KITA, TEPUK DADA TANYA SELERA.
2 comments:
Salam, macam mana nak jadi wakil rakyat lagi akan datang kalau tidak jual agama dan bangsa....
blh saya tau dr mana statistik kamu itu diambil? jumlah surau tu termasuk tak yg dlm bangunan sprti sekolah, bgn kerajaan dsb? sila kemukakan sumber
Post a Comment