Monday, September 21

Nizar raya ; Alahai Pas di Maki DAP di pagi RAYA

TENG HAIRAN PENDIRIAN HASAN

"Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

" saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini."

Teng mengulas kenyataan Hasan yang diberikan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri/Menteri Besar yang dihadiri kedua-dua mereka.

Teng, pemimpin DAP, juga mempersoalkan kapasiti Hasan bercakap mengenai isu Selcat buat masa sekarang.

Hasan menjadi tumpuan dalam isu pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam di kawasan Shah Alam, Julai lalu.

"Ini bukan merupakan isu Pakatan. Beliau ada kapasiti, saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau bercakap.

"Apabila beliau bercakap mengenai pengharaman minuman keras, beliau bercakap sebagai pemimpin PAS. Bila bercakap sebagai pemimpin Pakatan, beliau bercakap mahu menukar setiausaha kerajaan negeri, penasihat perundangan, mahu tukar Pegawai Daerah dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.

"Dan, sekarang mahu mengubah Selcat. Saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau mahu bercakap. Itu anda kena tanya beliau sendiri," kata Teng sambil menambah, perjalanan Selcat telah disambut baik oleh orang ramai.

Katanya, jika ada pihak yang mahu mengubahnya, "saya fikir sudah tiba masa bagi mereka mengkaji semula kedudukan mereka."

"Tapi jika mahu dibubarkan sama sekali, saya rasa tidak boleh," katanya.
Katanya: "Tidak timbul soal pengubahsuaian. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan pengubahsuaian oleh Hasan Ali. Saya tidak melihat apa-apa masalah sekarang."

"Saya merasakan beliau (Dr. Hasan) dalam krisis, bukannya Pakatan. Pakatan tiada dalam krisis sehingga sekarang. Kita kukuh, kami mempunyai mandat yang kukuh.


KOMEN MB KHALID

Mengenai syor Hasan supaya sistem Selcat dikaji semula, Menteri Besar berkata, ia bukan dalam ruang lingkup prosedur DUN.


SELCAT

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008.

sumber ; http://mstar.com.my/mstar_berita


KOMEN WARISAN2057

1. Tahniah kepada PAS yang terus sanggup di tunjal oleh DAP.
2. Islam ajaran PAS adalah biar islam yang ditunjal dan jangan islam yang menunjal.
3. Adegan penunjalan ini akan menjadi sebahagian budaya parti pembangkang yang sentiasa meremehkan PAS yang membawa islam extremist dalam pakatan mereka.
4. Tahniah DAP yang dah tak malu-malu membalun PAS.
5. Kalau Teressa Kok dengan Ladang Babinya, Ronnie Liu dengan kumpulan kongsi gelap dan beer halalnya, Ean Yong dengan teoh beng hocknya, kini Teng dengan SELCATnya. Pendek kata dalam DAP ini MACAM-MACAM ADA.
6. PAS tentunya bangga menjadi punching box dalam pakatan pembangkang kerana bagi PAS, islam hanya relevan sebagai punching box sahaja.
7. PAS tentunya juga bangga TAKEBEER dalam bulan syawal ini bersama rakan-rakan karib yang telah menghalalkan beer.
8. Islam terus digadai menjadi lemah dan longlai di negeri Selangor dibawah lembayung PAS yang menjadi tunggul dan boneka DAP dan PKR.

3 comments:

kluangman said...

PAS Selangor atau Hassan ali sepatutnya mengambil tindakan menukar kerajaan Selangor sekaligus dari cuba membaiki dari isu ke isu.

Persaolannya, berpengaruhkah Hassan Ali dalam mengemudi PAS Selangor atau dia hanya ada 2, 3 ekor pengkut.

Tok Jerai said...

Tulah aku dah cakap dari dulu lagi ngan DAP ni janagn dok buat baik sangat.

Tapi hempa buat keras kepala hempa jugak, last last pagi Raya dah kena maki, tahan pulak tu, tunduk tak panggung kepala, maklumlah Abang Long marah, kena patuhlah.

Sekali2 ajaklah abanh Long buat Doa Aruah.. lepastu yg pandai baca Quran tu hantak le masuk Musabaqah

Kah..kah..kah

Makan baulu sama lemang hangit,
Muka dapat malu hati dapat sakit.

Anonymous said...

samy vellu maki dr mahathir selamba je...