Saturday, October 24

Nizar Edan : Gerakan ANWARIYUN taja Muktamar Khas Pas

Semakin jelas saranan Nik Aziz yang mahu muktamar khas Pas diadakan secepat mungkin. Dia mahu segelintir pemimpin pas yang pro umno di pecat dari parti.

Ada yang beritahu terdapat sekurang-kurangnya 4 pemimpin kanan pas yang pro umno iaitu Presiden, Tim Presiden, Setiausaha Agung dan Timbalan Mursyidul Am.

Inilah kelebihan dalam Pas apabila orang yang dilantik boleh menendang orang yang dipilih oleh perwakilan. Ini budaya politik demokrasi dalam Pas.

Nik Aziz adalah orang yang dilantik oleh syura, Presiden Hj Hadi adalah orang yang dipilih oleh perwakilan. Nampaknya presiden boleh di tolak dengan sewenang-wenangnya oleh Mursyidul Am. Dalam erti kata lain Mursyidul Am sangat berkuasa dan kuasanya macam kuasa DIKTATOR.

Siapa tangan-tangan asing disebalik arahan Nik Aziz ini ? Tentunya penasihat kanannya? Siapa penasihat kanan dia ? Tak tahu ker ?

Bagi orang seperti ini mereka tak peduli soal perpaduan dalam parti. Mereka adalah duri dalam daging Pas. Mereka dah kalah dalam pemilihan parti tahun lepas. Bagi mereka ini lah waktu terbaik untuk mereka menjadi menteri bagi menggantikan orang umno.

Caranya ? Ya, caranya jadikan Anwar sebagai PM. Mereka kena tunjukkan bahawa kiblat mereka adalah kepada Anwar. Inilah golongan-golongan ANWARIYUN yang semakin mantap dalam Pas.

Mereka kini ada dimana-mana. Dalam Jawatankuasa Pas pusat mereka ada, di negeri mereka ada, di kawasan mereka juga ada.

Kini golongan ANWARIYUN semakin yakin Nik Aziz boleh mereka kuasai sebagai kuda tunggangan !

1 comment:

kosing said...

PENDAPAT DEMO 100% KAWE SOKONG.BODOH-BODOH NAK MAIN POLITIK. LEPAS TU JADI LEMBU IKUT ORANG HERET. HAK NYANYO NYA ORANG-ORANG ISLAM YANG TERDESAK DENGAN UGUTAN AKAN MASUK NERAKA KALU TAK SOKONG DIA. BERAT.....