menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jun lalu hari ini mengumumkan beliau mengambil "cuti politik" selama enam bulan selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.
"Saya tidak ada sebarang kepentingan (untuk ke Sabah)...saya hendak ke sana sebagai Zaid Ibrahim,takkan itu pun tak boleh," tegasnya.
Zaid telah menerima jemputan daripada Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa pemimpin PKR Sabah untuk satu majlis pelancaran buku berkaitan perundangan dan juga majlis rumah terbuka sempena Hari Raya.
Bagaimanapun mStar Online difahamkan, hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah. Ekoran daripada itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah.
"Saya cuma nak berikan tumpuan. Tak ada siapa yang halang saya pergi ke Sabah.. Takan nak pergi ke Sabah pun tak boleh. Jadi tak ada isu itu," kata Zaid.
Namun begitu, sebaik sahaja majlis pelancaran bukunya selesai, dan ketika beliau diasak dengan soalan yang sama sekali lagi oleh wartawan mStar Online dan The Star, Zaid dengan gaya tipikalnya yang sentiasa sinikal berkata, Anwar telah menghalangnya daripada pergi ke Sabah.
Untuk rekod, minggu lalu, akhbar The Star melaporkan, 18 ketua bahagian PKR di Sabah yang pro Kitingan telah mengadakan satu pertemuan untuk mendesak pimpinan pusat supaya menggantikan Azmin dengan pemimpin dari Sabah sendiri.
Pelantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah tidak mendapat sokongan padu daripada ketua-ketua bahagian yang lebih cenderung untuk bernaung di bawah Dr Jeffrey Kitingan.
Azmin juga dikatakan tidak menyenangi kelantangan Zaid mengkritik rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya para pemimpin PAS.
Terdahulu, dalam sidang akhbarnya di sebelah petang, Zaid menjelaskan keputusannya untuk 'bercuti' itu adalah bertujuan "mengukuhkan parti" dan bukannya untuk turut terlibat dengan isu kepimpinan PKR di peringkat negeri.
sumber : http://www.mstar.com.my/mstar_berita
Komen Warisan -
Perang saudara antara anwar dan zahid nampaknya bertambah mendalam. Ia menjadi barah baru dalam PKR. Perkelahian antara 2 bekas pemimpin Umno dalam PKR, seorang pernah jadi Timbalan Presiden dan seorang pernah jadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno. Tapi kedua-duanya juga adalah ‘trouble maker ‘ dalam Umno sebelum ini. Apabila kedua-duanya meninggalkan Umno, nampaknya Umno kurang gaduh sekarang !
Tapi mereka tumpukan masa dalam PKR untuk bergaduh pulak. Walaupun kedua-duanya pimpinan kanan PKR sekarang. Kedua-duanya ahli biro politik dalam PKR, sebuah biro yang paling berkuasa dalam PKR dan melebihi kuasa majlis tertinggi.
Kenapa mereka berselisih benar sekarang? Siapa dalang yang menjadikan mereka bergaduh sakan? Kenapa Anwar menyebelahi Azmin dalam setiap kekusutan dan pertikaian dalam PKR? Kenapa Azmin diberikan hak menjaga Sabah sedangkan dia bukan orang Sabah?
Kenapa Dr Jeffrey Kitigan anak sabah, disingkirkan untuk memberikan laluan mudah kepada Azmin? Apa istimewanya Azmin di sisi Anwar? Anwar oh anwar; kroni kepimpinan dalam pkr. Apa tidaknya, laki, bini, anak, setiausaha sulit - kontrol semua perkara dalam parti! Demokratik kah? Perkara-perkara ini semakin menjadi buah mulut dalam politik dalam Pkr sekarang.
Zaid sekadar menjolok sarang tebuan, menunggu masa untuk dipecat !
No comments:
Post a Comment