Tuesday, October 27

Nizar Edan : Rahsia Anwar, mmmmmm

Saya amat tertarik dengan kenyataan Tun M, mengenai RAHSIA ANWAR. Tun M kenal rapat Anwar selama hampir 20 tahun. Banyak rahsia Anwar yang Tun M simpan.

Terima kasih Tun, kerana beritahu rakyat yang Hj Hadi juga tahu rahsia Anwar, tapi dia saja buat dek saja kerana kepentingan politik.

Cuma rakyat tertanya-tanya apakah RAHSIA Anwar itu? Apakah skandal-skandal Anwar?

Bekas rakan karib Anwar, Nallakarupan juga pernah memberitahu bahawa ada rahsia di sebalik mengapa terdapat pemimpin dalam PKR yang dilihat mendapat layanan istimewa daripada Anwar.

Rakyat bertanya-tanya, berapa banyakkah RAHSIA Anwar dan apakah RAHSIA beliau yang paling besar?


www.utusan.com.my melapurkan :

Hadi pun tahu rahsia Anwar

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga antara individu yang mengetahui rahsia sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun atas kepentingan untuk berkuasa katanya, para pemimpin Pas yang mengetahui 'sesuatu' mengenai Anwar sanggup 'menelan' rahsia itu.

Disebabkan faktor itu kata beliau, umum mengetahui bahawa Abdul Hadi tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong Anwar secara keterlaluan.

Katanya, jika senario politik Pas dinilai, maka penyokong terkuat Anwar daripada parti itu adalah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Nik Aziz adalah penyokong terkuat Anwar daripada Pas, Hadi tidak kuat sangat, mereka semua mengetahui sesuatu mengenai Anwar tetapi demi politik, mereka sanggup untuk melupakannya,'' katanya.

Sebelum ini, salah seorang bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan juga pernah memberitahu bahawa ada rahsia di sebalik mengapa terdapat pemimpin dalam PKR yang dilihat mendapat layanan istimewa daripada Anwar.

Nallakarupan berkata, beliau akan mendedahkan rahsia itu apabila tiba masanya nanti.

Mengulas kemelut dalaman yang sedang melanda Pas pada masa ini, Dr. Mahathir berkata, disebabkan ketidakselesaan beberapa pemimpin parti itu, rahsia Anwar mungkin akan terbongkar tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan apakah rahsia yang mungkin diketahui para pemimpin tertinggi Pas termasuk Abdul Hadi.

2 comments:

jiwakita said...

salam.....

Antara rahsia tersimpan dan yg telah terdedah..yg punya tubuh tetap menafikan
dan tindakan saman mendahului kebenaran...

Yang pasti sumber-sumber rahsia itu
sentiasa ada bersama baik dari orangnya
sendiri,kawan maupun orang lain....

hanya kita cuba dapat menilai buruk baik
perlakuan...

C L J said...

Depa na dok kata ada rahsia tapi tak cerita apa rahsia dia. Nak takut apa Saman RM:100J oleh Anuar pun dah tak jalan. Mahkamah dah tolak dah.