Mereka mempertaikan perlantikan "orang asing" sebagai pengerusi PKR di Sabah. Menurut mereka lagi Dr Jefrey adalah anak Sabah, orang yang berkelulusan dan berpengalaman puluhan tahun dalam politik Sabah. Adalah tidak logik untuk orang asing diturunkan sebagai payung terjun dalam kepimpinan PKR negeri Sabah, kata mereka lagi.
Namun demikian adalah dijangkakan kesemua mereka yang menentang azmin akan berhadapan dengan risiko ditanggung atau dipecat keahlian nya dari PKR. Begini lah caranya pemimpin-pemimpin akar umbi PKR dilayan oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka.
Sementara itu Utusan Malaysia pula melapurkan :
Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.
Ia 'dipanaskan' lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru dua hari lalu walaupun dinasihatkan oleh Anwar supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.
Krisis kepimpinan 3 kem dalam PKR dijangka semakin memuncak dengan perkembangan terbaru Zaid Ibrahim yang telah melanggar nasihat Anwar supaya tidak mencampuri urusan politik Sabah.
Zaid pulak berpandangan bahawa dia berhak pergi kemana sahaja yang dia suka kerana dia adalah seorang ahli Biro Politik PKR. Untuk rekod Zaid Ibrahim adalah seorang pemimpin yang tegar fahaman demokrasi nya. Telah diketahui umum bagaimana beliau tidak gemar kepada sikap kronisme dan pilih kasih yang wujud dalam kepimpinan PKR.
Berdasarkan kebolehan, pengalaman politik dan sokongannya dalam parti, Zaid adalah antara calon yang sangat berpotensi mengantikan Dr Syed Hussin Ali sebagai Timbalan Presiden Parti dalam pemilihan parti yang akan datang.
Tentunya perkara ini tidak disenangi oleh beberapa pihak lain yang telah bertungkus lumus bekerja dan mempertahankan Anwar dari dulu hingga sekarang ! Mereka juga menuntut kesetiaan mereka kepada pemimpin de facto PKR itu diberikan 'recognition' yang sewajarnya.
Zaid dan Azmin adalah bekas pemimpin Umno yang kini sedang bertembung hebat dalam PKR. Tentunya budaya politik wang akan bertambah hebat dalam PKR kerana mereka juga adalah bekas cadre Umno yang pernah terlibat dalam pemilihan parti dipelbagai peringkat.
Gelombang politik PKR Sabah adalah 'chapter' pertama pertempuran Zaid Vs Azmin.
2 comments:
Merekalah pencetus dan yang mensemarakkan politik wang dalam UMNO.
Salam, memang sudah menjadi budaya Azmin dan Zaid dengan rasuah politik wang, kemana pun dia orang pergi itulah perangainya, sama juga dengan bos dia orang, kalau dah perangai suka masuk ikut pintu belakang, kemana pun dia pergi dia tetap akan cari pintu belakang juga......
Post a Comment