Tuesday, October 6

Nizar Kini : Lagi Aksi Samseng Pas di Bagan Pinang


Nampkanya Pas benar-benar berubah dari sebuah parti yang mengamalkan prinsip-prinsip keadilan Islam kepada agenda matlamat menghalalkan cara. Mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan boleh mendapatkan kuasa.

Exco bogel mereka IKONkan, Exco TAKEBEER, mereka pertahankan, manusia terjun bangunan mereka puja-puja, mereka nobatkan Gobala sebagai USTAZ dan kini mereka berkempen pilihanraya dengan cara budaya samseng.

Setelah Datuk Azeez Putera UMNO diletup oleh penyokong Pas pada hari penamaan calon, malam tadi kakitangan SPR yang bertugas pula dikepung dan di ugut semasa mereka menjalankan tugas. Petugas SRR dikerumun dan ditakut-takutkan.

Apa yang menyebabkan mereka menjadi kan parti mirip regim Taliban, sebuah gerakan extremist Islam di Afghanistan ? Atau mereka sudah merasa "darah" kuasa yang menyebabkan mereka kemaruk untuk dapatkan dan pertahankannya. Mereka sudah tak pedulikan undang-undang negara.


“Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat dan SPR tidak akan kacau lagi,” katanya merujuk kepada tindakan SPR menurunkan bahan
kempen parti yang tidak bertanding di Bagan Pinang semalam yang mencetuskan kekecohan apabila penyokong pembangkang mengerumuni anggota penguatkuasa suruhanjaya itu.

Abdul Aziz berkata bahawa yang bertanding di Bagan Pinang adalah Pas dan BN manakala parti lain tidak membayar deposit dan tidak mendapat permit untuk berkempen.

“Sebab itu pasukan pemantau kita menurunkan bendera, simbol dan gambar parti yang tidak bertanding,” katanya. Abdul Aziz berkata, SPR telah menasihatkan semua parti berhubung larangan berkenaan tetapi ada pihak yang masih berdegil.

sumber - Utusan Malaysia-terkini

1 comment:

Anonymous said...

Dah macam orang yahudi tengok bro ni. Baru lepas tunggang beer ker bangg..kai.... Tak pun orang dalam gambar dekat jubah dia tu, pak menakan dia kot...???