Kebetulan kes bicara perhimpunan 'Arsenik' Ezam dan sahabat yang lain di sebut pada hari ini manakala kes Liwat oleh Anwar juga dibicarakan hari ini.
Kes Arsenik ini adalah kes panjang, tahun 1999. Waktu itu Ezam adalah hulubalang utama singa tua itu. Ezam berjuang dengan penat dan lelah. Ezam adakan tunjuk perasaan membantah boss lamanya singa tua di hidang dengan racun arsenik di penjara sungai buluh.
Rupanya Ezam tertipu, rakyat juga tertipu dengan lakonan singa tua yang mengelabui mata rakyat. Sila ke laman blog cucu tok selampit untuk tonton video lakonan hebat singa tua itu hampir 10 tahun yang lalu.
Akhirnya Ezam pasrah dia tertipu hidup-hidup dengan sikap, perangai dan lakonan pelakon handalan singa tua itu. Ezam bina jalan baru, yang lebih berliku. Begitu lah asam garam perjuangan.
Hari ini mereka terserempak lagi di muka lift kompleks mahkamah kuala lumpur. Ezam tak menoleh lagi. Cukup lah peristiwa semalam bersama singa tua yang semakin layu dibuai angin angan-angan mahu memimpin hutan belantara.
Dia sudah semakin tua. Namun namanya tetap singa yang mahu menjadi raja walaupun sudah tua dan tidak bermaya. Skandal demi skandal akan menjadi kesaksian jelata betapa sejarah pernah menukilkan malaya pernah punyai singa tua yang derhaka kepada nusa dan bangsa. Dia adalah penderhaka !
3 comments:
Selain di mamah usia menjadi tua, sakit adalah satu perkara yang menanti..semuanya itu ujian dan sekaligus mungkin pembalasan Illahi.
Menjadi hero, dipuja, terkenal dan popular semasa muda, bagaimana pula di masa tua..
Di mana kawan, di mana lawan.. Anwar terpaksa tempuhi juga tanpa ada ruang menangguhnya lagi...
A quite good story..
don't forget to leave your comment in myutusanmalaysia.blogspot.com
Wani-dsp,
My Utusan Malaysia
Sedap tulisan ni. Kalau dibait dan rangkapkan boleh jadi sajak yang melangkolik. Rima dan iramanya sudah cukup menarik. Dishorkan diedit menjadi sajak. Boleh dibaca mengiringi vedio klip yang baru.
Post a Comment