Komunis adalah satu gerakan bersenjata yang menghalalkan segala-galanya untuk memastikan mereka berkuasa. Komunis menghunus senjata menembak mana-mana orang melayu yang menentang mereka.
Ramai melayu terkorban kerana komunis. Ramai melayu yang dirogol oleh komunis. Ramai melayu yang kudung kaki kerana komunis. Ramai melayu cedera kerana komunis.
Komunis mahu menjadikan tanah malaya wilayah mereka. Mereka datang, mereka desak, mereka tembak, mereka bunuh sesiapa sahaja.
Askar Melayu adalah wira yang mempertahankan tanah malaya. Mereka berjuang dari dulu hingga sekarang. Dengan gaji mereka yang tak seberapa, mereka mengharungi hutan belantara memburu komunis. Askar Melayu adalah pejuang nusa sejati.
Kita merdeka kerana perjuangan dan pengorbanan Askar Melayu. Kita aman sentosa kini kerana mereka. Kita aman makmur kini kerana mereka. Kita berjawatan tinggi kini kerana mereka. Kita berharta kini kerana mereka. Kita berumah banglo berkereta besar kini kerana mereka.
Bayangkan jika komunis yang berkuasa. Boleh kah kita aman sentosa, aman makmur, berjawatan tinggi, berbanglo dan berkereta besar.
Hidup anak watan perlukan perjuangan. BTN tampil dengan motivasi perjuangan anak watan. BTN tampil dengan perjuangan asas kemerdekaan. Tanah ini kita punya bukan Chin Peng komunis punya.
Ada pemimpin negeri yang mahu pusing ke belakang. Mereka mahu beri tanah ini kepada komunis. Mereka ini tak faham semangat Melayu semangat Malaysia. Mereka fikir komunis boleh beri keamanan, kemakmuran dan kestabilan. Mereka baru berkuasa tetapi mahu mengubah segala-galanya mengikut nafsu serakah mereka.
Kita yakin, Anak Watan pasti bangkit. Kita melayu, cina, india, serani bersatu di bawah 1Malaysia.
2 comments:
Salam,
1. Kita sebenarnya bertuah kerana dapat hidup selesa. Namun kita kini semakin leka dan alpa dengan keselesaan ini dengan membenarkan unsur-unsur yang membawa ancaman dan kesan yang buruk di masa hadapan seperti Chin Peng ini.
2. lebih malang lagi apabila bangsa kita melayu kita sendiri menyokong Chin Peng dek kerana inginkan sokongan dan undi orang cina dengan mengorbankan aspirasi bangsa.
Hello to HELL
geng 2-4 ingin lebih kuasa.
Post a Comment