Sunday, November 8

Puak Ulamak Menang Besar di Seminar Pas

3 - 0, begitu lah puak ulamak menang dengan penuh bergaya kali ini. Mereka berjaya mempertahankan parti dari digeromboli oleh geng Erdogan. Menang pertama apabila Ust Nasaruddin kalahkan Husam dalam perebutan Timbalan Presiden.

Menang ke dua apabila cadang Nik Aziz nak adakan EGM diganti dengan Seminar Memperkasakan Parti. Menang ke tiga apabila dalam seminar ini Hj Hadi berjaya meluaskan pengaruhnya jauh meninggalkan Nik Aziz.

Seminar telah dirancang sedemikian rupa oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali. Memang Mustapha orang lama yang masih hebat dan menyegat. Dia licik tetapi bila merembat bola gerenti terus masuk gol.

Seminar diatur dengan ucapan dari sidang perwakilan negeri membahas ucapan dasar presiden. Setiausaha Agung sudah tentu atur wakil negeri dikalangan orang yang pro ulamak. Mustapha Ali orang lama, dia kena semua orang.

Setiap ucapan membelasah Aziz Bari. Aziz Bari jadi punching box. Semua tahu Aziz adalah tali barut Anwar Ibrahim yang berperanan memperkucar kacirkan Pas dari dalam. Semua orang tahu puak Erdogan punyai hubungan sangat rapat dengan Aziz. Maklumat bocor kepada Aziz pun dari geng Erdogan jugak.

Juga yang dikritik hebat adalah Nik Aziz. Nik Aziz dilihat lebih sudu dari kuah. Dah lah dia sekadar dilantik tetapi nak lebih-lebih pulak perangai dia berbanding Presiden. Perwakilan Pas nyata lebih matang sekarang, mereka tahu siapa betul siapa salah. Yang salah maka kena balun lah ' straight to the point '.

Hj Hadi semakin kukuh, cakap dia berlapik. Betul Pas akan dibawa terus bersama Pakatan Rusuhan (PR), namun Hj Hadi kata Pas tidak akan mengadaikan prinsip perjuangannya untuk Islam. Ini keras sikit. Maknanya kalau nak Pas ikut PR, Dap dan Pkr kena juga bagi laluan Islam bertapak dengan kukuh dalam prinsip perjuangan mereka bersama.

Persoalannya hendak kah orang macam Karpal singh menganut faham Islam? Ya, jauh api dari panggang. Nampaknya Hj Hadi hanya bijak ber retorik. Secara realitinya matlamat hakiki Dap dan Pkr serta Pas sangat berbeda macam bumi dan langit.

2 comments:

Rahsia said...

Hj Hadi harus tekankan perpaduan Islam dan Melayu. Percayalah orang UMNO dan PAS ramai yang menyokong idea ini berbanding perpaduan dengan DAPigs dan PKR (Parti Khianat Rakyat)

Anonymous said...

ada ceredik sikit la aku npk pas hari ni.

yusri