Mereka pernah kata bila Tun M nak berhenti pm ? Kini Tun M dah lama bersara, di ganti dengan Tun A. Tun A pun dah bersara, diganti pula dengan Ds Najib.
Di negara ini ramai pemimpin politik yang nak menongkat langit. Contoh yang terbaik adalah menteri besar kelantan Nik Aziz. Dia dah jadi Mb lebih dari 20 tahun. Adakah kelantan membangun dibawah kepimpinan Nik Aziz? Jawapannya tidak. Kalau Mb kelantan diganti dengan Husam tentunya Kelantan lagi cemerlang.
Pelbagai isu melanda Nik Aziz. Isu melantik menantunya sebagai Ceo syarikat utama kerajaan negeri telah menjadi polemik yang sukar dipadam.
Telah jelas semua pihak minta Ariffahmi meletakkan jawatan. Hj Hadi suruh, Husam suruh, Mahfuz suruh, namun Ariffahmi buat de sahaja. Malahan dia nak terus berkhidmat sampai bulan mac tahun depan! Syabas Arif kerana berkelakuan sama macam Kj waktu Tun A jadi Pm dulu.
Isu haji rasuah juga menghantui Nik Aziz. Dia sendiri yang mengaku ada orang sponsor hajinya pada tahun ini. Rasuah itu musuh islam. Tetapi kenapa rasuah kepada pemimpin menjadi double standard? Pabila kena kat batang hidung, pelbagai alasan pulak yang diberikan.
Benar lah kata pepatah inggeris, Absolute power will corrupt absolutely. Nik Aziz telah diuji Allah ketika dia memegang kuasa. Mata kasar kita, nampaknya dia gagal. Dia wajar menyerahkan kunci syurga kepada anak didiknya Husam agar kunci syurga ini tidak dirampas oleh pemimpin Umno.
Masih dengan soalan yang sama. Bila agaknya Nik Aziz nak berhenti ? Mungkin dia akan berhenti sama seperti Mohd Yaakob berhenti bersama partinya yang turut tersungkur lebih dari 20 tahun yang lalu.
No comments:
Post a Comment