Tuesday, December 1

Lagi skandal Kementerian Pengangkutan ?

Update :

Ada seorang pembaca yang membawakan maklumat terbaru, menjelaskan duduk sebenar isu Air Asia ini. Wajar juga khalayak meneliti informasi ini untuk memperbetulkan persepsi mengenai isu ini.

Salam sejahtera sekali lagi rakan blogger. Saya harap artikel ini ditarik balik atau diubah.

Saya percaya isu pengurangan cukai penerbangan bukanlah bidang kuasa Menteri Pengangkutan.

Saya harus mempertahankan isu ini bagi Menteri Pengangkutan.

Pengurangan cukai penerbangan dilakukan oleh Kementerian Kewangan. Selama ini, isu MAHB dan AIRASIA berkaitan dengan cukai penerbangan dikendalikan oleh Menteri Kewangan. Segala isu juga dijawab oleh Menteri Kewangan sendiri dan bukanlah di bawah Kementerian Pengangkutan.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/30429-airasia-wants-mahb-to-recommend-cut-in-lcctairport-tax-

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/30452-government-appoints-consultant-to-resolve-airasia-airport-tax-arrears-

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=420212

harap maklum

Goh Wei Liang

Yang asal :

AirAsia settles airport tax arrears after it gets RM25mil discount

KUALA LUMPUR: Air Asia settled its airport tax arrears of RM111.6mil after receiving an incentive of RM25mil from Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), said Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri.

This was the result of negotiations with MAHB for a better package as AirAsia owed a total of RM132.1mil in airport tax as of March this year.

Of the incentive, Abdul Rahim said Air Asia was given RM20.5mil and RM4mil to AirAsia X for a good job in bringing 10 million tourists and contributing to the country's profit.

He was responding during Question Time to Wee Choo Keong (PKR - Wangsa Maju) who wanted an explanation on why AirAsia seemed to receive special privileges on owed airport taxes and what action was taken to recover the debt.

Wee said that disputes did not excuse Air Asia from late payment of airport taxes as it was paid by the public.

He also said that any discount on airport taxes to AirAsia should be directed back to its customers.

Wee said earlier that the Transport Minister confirmed last May that AirAsia owed RM110mil in airport taxes from 2002 to March 31, 2008.

He then said the Transport Minister confirmed in February that the amount owed was reduced to RM65mil.


Komen warisan2057 :

Tahniah Air Asia kerana menjadi anak emas Kementerian Pengangkutan. Rakyat nak tahu sangat siapa yer dalam kementerian ini yang menjadi talian hayat Air Asia sehingga merugikan hasil mahsul negara sebanyak rm25 juta.

Saya setuju dengan pandangan Wee wangsa maju ini bahawa airport tax itu adalah duit yang dibayar oleh pengguna lapangan terbang kepada kerajaan dengan Air Asia menjadi pengantaranya. Yang kita pelik pengantara ini pulak yang makan komisen. Komisen atas angin. Rakyat nak tahu sangat mana satu pegawai kementerian ini yang makan duit komisen ini. Mungkin menterinya ke atau mungkin KSU nya? Bukan nak menuduh, cuma sedikit berprasangka.

Seterusnya kenapa Air Asia kemut air port ini selama bertahun-tahun, baru nak serah kat kerajaan. Dia buat main judi atau buat bunga ke duit beratus juta yang di bayar oleh pengguna lapangan terbang ini. Dimana kah keeficianan pihak berwajib dalam soal ini? Kenapa double standard? Kalau rakyat marhaen, sampai ke lubang cacing LHDN kejar yer. Tapi kalau syarikat kroni, sampai bertahun tahun baru nak serah duit yer.

Kerajaan dah bagi banyak kepada Air Asia. LCCT dibina beratus juta ringgit. Ini dengarnya nak buat LCCT baru, duit lagi. Wah-wah kita nak tahu sangat menteri mana atau bekas PM mana yang ada saham proxi dalam Air Asia ini sampai menjadi anak emas kerajaan huh.

Akhir sekali, mana pergi Menteri Pengangkutan? Jarang benar nampak di parlimen. Jarang benar nak jawab soalan-soalan di Parlimen. Sebok main politik tak habis-habis ke sampai tak jumpa pintu parlimen. Kalau gitu elok letak jawatan saja lah Menteri Pengangkutan. Kalau KPI hendak dikotakan, maka Menteri Pengangkutan ini harus di tunjukkan pintu keluar.

Dalam keadaan BN sakit ini pun ada menteri dan kementerian membuat keputusan yang terus meloyakan rakyat. Saya sangat tidak faham !

4 comments:

Goh Wei Liang said...

Salam perkenalan. Sebenarnya, projek anak emas syarikat penerbangan iaitu Air Asia ini bukanlah hasil didikan atau pupukan Menteri Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan dan MCA tidak ada apa apa kaitan atau manfaat daripada kemajuan Air Asia.

Projek AirAsia dibantu hebat semasa zaman Pak Lah. Dikatakan juga Datuk Tony Fernandes rapat dengan Pak Lah dan Najib Tun Razak.

Kalau tidak silap, pengurangan cukai penerbangan (airport tax) perlu mendapat "greenlight" daripada Kementerian Kewangan. Ini melibatkan cukai dan kewangan negara.

Berkaitan dengan Menteri Pengangkutan kerana jarang hadir, bukan sahaja Menteri Pengangkutan. Malah ramai menteri lain yang tidak hadir. Kebanyakan soalan dijawab oleh Timbalan-timbalan Menteri dan Nazri Aziz.

Menteri-menteri dibenarkan "tidak hadir" atas sebab tugasan rasmi. Menteri Pengangkutan Malaysia mempunyai jadual yang ketat dan beliau baru sahaja pulang dari London atas tugasan rasmi.

Di London, Menteri Pengangkutan bersama dengan Kedutaan Malaysia di UK berjaya memenangi kerusi Maritim untuk negara.

Kementerian Pengangkutan hanyalah menjaga dan menggubal polisi Pengangkutan. Perkara perkara yang berkaitan dengan kewangan dan ringgit kebanyakannya perlu dirujuk kepada Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

Cucu Tok Selampit said...

Sahabatku Warisan 2057,

Sebuah artikel yang amat menarik. Tahniah. Rakyat marhaen mahukan penyiasatan dilakukan. Menteri Pengangkutan harus dipertanggungjawabkan. Period.

Anak Kampung said...

Sdr Cucu,

Saya setuju rakyat mahukan ketelusan dalam setiap perkara sekarang.

Anak Kampung said...

Sdr Goh,

Persepsi memainkan peranan yang besar dalam politik Malaysia. Saya amat kasihan dan simpati jikalau Menteri yang berkenaan juga menerima persepsi negetif dalam isu ini.

Persepsi ini harus dibetulkan dengan membuat keputusan yang betul, nampak betul dan benar-benar betul oleh kementerian dan agensinya.

Menteri bukan lah sekadar menjadi "postmen" dalam mengemudikan kementerian dan agensi dibawahnya.