Ariffahmi nampaknya masih mahu pertahankan jawatannya dalam Perbadanan itu. Almaklum lah dengan gaji puluhan ribu dan pelbagai kemudahan yang diperolehi manusia mana yang tak sayang jawatan yob.
Arif mengejutkan banyak pihak baru-baru ini dengan skandal Haji Rasuah yang diterima oleh mertuanya MB Kelantan. Syarikat yang menghadiahkan Haji itu pula mendapat kontrak memasang Bill Board seluruh negeri Kelantan.
Haji yang bernilai Rm65,000 setiap satu itu juga dijangka diterima oleh Nik Aziz suami isteri, anak perempuan nya dan Arif disamping PA Arif.
Perkembangan baru itu dijangka memeranjatkan banyak pihak termasuk Kickdefella (bloggers upahan Exco Kelantan) yang mendedahkan pelbagai skandal menantu Nik Aziz ini.
Menurut sumber Pas, mereka kecewa Ariffahmi lebih mengutamakan dirinya dari parti yang bergelora akibat skandal Haji dan perlantikan menantu MB sebagai Ceo syarikat yang paling hampir dengan pejabat MB Kelantan itu.
Sumber itu juga mempertikai cakap Presiden Pas yang menyebut minggu lalu bahawa isu itu telah selesai. " Bagaimana boleh selesai sedangkan yang membuat dajjal itu masih kekal dan lambat lagi nak meninggalkan Ofis Ceo itu" menurut sumber itu lagi.
Seorang Exco Pemuda Pas Pusat pula dipetik berkata, dia akan mencadangkan mesyuarat tergempar Exco Pemuda Pas Pusat bagi membincangkan langkah Ariffahmi yang mahu terus kekal di PMBK sehingga tahun depan.
1 comment:
Tok Guru ni okay ke tidak. Hari tu kata menantunya letak jawatan. Sekarang tidak ?
Lepas 6 bulan, adakah menantu Tok Nik akan diberi kontrak baru atau betul betul akan meletak jawatan ?
Hmm.
Post a Comment