Dalam suasana politik rakyat yang mahu didodoi bagai menatang minyak yang penuh, pemimpin politik sedia menawarkan bulan dan bintang kepada rakyat untuk mendapatkan kuasa. Nik Aziz sebagai pemimpin politik tak terkecuali dalam perkara ini. Ada blogger yang mentafsir bahawa ini adalah rasuah politik kepada orang cina dan india untuk memastikan mereka terus memberikan sokongan kepada parti bulan itu.
Saya secara peribadi menyokong langkah Nik Aziz yang nak beri jawatan MB kepada orang cina dan india. Ini menunjukkan Nik Aziz lebih demokratik dari MB-MB Pakatan yang lain. Khalid, Azizan mahupun Guan Eng masih melihat kerusi MB/CM hanya untuk bangsa mereka sahaja. Walaupun ada usaha Teressa Kok untuk jadi MB selangor selepas PRU 12 lalu tetapi ianya tak kesampaian apabila ditentang oleh puak Pkr yang dipimpin oleh Khalid yang menjadi Setiausaha Agung Pkr waktu itu.
Perkara yang pertama yang harus dilakukan oleh Nik Aziz untuk merealisasikan cadangannya itu adalah meminda undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan. Untuk semua negeri Melayu bersekutu atau negeri melayu tak bersekutu seperti Kelantan, memang peruntukkan dalam undang-undang negeri menyebut hanya orang melayu dan beragama Islam sahaja yang boleh menjadi MB. Peruntukan ini perlu dipinda untuk menjadikan orang cina dan india juga boleh jadi MB Kelantan.
Jadi saya sangat berharap Nik Aziz membentangkan pindaan perlembagaan negeri itu dalam sidang DUN Kelantan yang akan datang. Stature Nik Aziz sebagai orang agamawan dia tentunya akan jaga supaya tidak lagi dilihat cakap tak serupa bikin.
Siapa agaknya calon bukan melayu untuk ganti MB Nik Aziz di Kelantan. Sivarasa Rasiah adalah calon yang sangat sesuai, dia Naib Presiden Pkr, dia lebih kanan dari Tian Chua. Walaupun dia berfahaman sosialis namun itu bukan lah halangan dalam semangat Pakatan Rakyat seperti yang di war-warkan dalam konvensyen mereka yang lalu.
Bila Siva jadi MB Kelantan, Husam anak didik Nik Aziz kemana? Husam tentu akan memegang jawatan kanan dalam kabinet yang PM nya Lim Kit Siang itu. Husam akan jadi Menteri Kewangan, jawatan yang akan menjadikan parti Pas kuat kewangannya untuk menggantikan Umno sebagai sebuah parti based melayu dalam pentadbiran negara Malaysia.
Jadi Anwar kemana pulak? Anwar akan jadi Presiden Pertama Republik Malaysia. Anwar akan mengikut jejak langkah Aziz Ishak yang menjadi Presiden Pertama Republik Singapura 1965.
Republik Malaysia ? Ya, jangan terkejut, bersedia lah. Kerana Pakatan Rakyat akan mendapat majoriti 2/3 di Parlimen selepas PRU 13 ini. Dan mereka akan meminda segala-galanya untuk merealisasikan matlamat parti Pakatan Rakyat Malaysian malaysia.
Pas for all = Malaysian Malaysia.
1 comment:
PRU13 nanti rakyat akan hukum setiap pemimpin melayu dalam pakatan Haram. Percayalah.........
Rupanya banyak maruah dan harta melayu yang dah tergadai dek kerakusan pakatan haram ni....
contohnya...tanah wakaf di songlap oleh lim guang engpig, tanah perkuburan Islam, dewan untuk anak-anak mengaji di robohkan di Petaling Jaya, Tanah orang Melayu di ambil oleh DAPig pokemon, mengubah hartanah untuk melayu untuk kegunaan dan keselesaan DApig, Orang Melayu Penang di pinggirkan, DAPig dah tak hormat kat sultan dan raja-raja melayu(Kecuali Raja Petra Kapur)...
Banyak lagi hak orang melayu yang dirampas secara senyap oleh pakatan haram ni...tolong sambungkan senarai ni...
Post a Comment