Sunday, February 7

Mokhtar tak kisah

Seorang sahabat kami namanya Mokhtar. Pagi tadi waktu sarapan pagi tiba-tiba namanya jadi 'famous'. Namanya disebut bukan sekali, bukan lima kali, bukan sepuluh kali tetapi berpuluh kali di kedai lontong yang sangat terkenal di bandar Di Raja Klang.

Mokhtar tersengeh-sengeh apabila namanya disebut selalu sekarang. Yang muda sebut nama dia, yang tua sebut nama dia, yang lelaki sebut nama dia dan yang perempuan juga sebut nama dia.

Mokhtar juga bangga apabila namanya disebut sebagai ganti nama 'hello' sekarang. Di blog, di FB juga namanya kian terserlah. Meriahnya sesiapa yang bernama mokhtar sekarang.

Mokhtar kata ' mokhtar tak kisah'. Sebab mokhtar tak salah. Mokhtar juga tak buat dosa. Mokhtar tak pernah balun belakang. Mokhtar balun depan saja, itu pun untuk isteri tersayang.

Mokhtar pelik, orang yang balun belakang ini beriya-iya alim lagaknya. Cita-citanya nak jadi perdana menteri. Cakap orang ini amat hebat, rupanya nafsu kuat melebihi kuda. Tak cukup membalun yang ada di rumah, yang diluar rumah juga menjadi minatnya. Tak cukup yang perempuan, yang jantan pun jadi kegemarannya.

Mokhtar berfikir panjang, kalau jadi pemimpin banyak cubaan nya, termasuk menjaga hawa nafsu. Cukuplah jangan berlakun lagi wahai pemimpin. Kini semua orang kampung sudah tahu bahawa ini memang perangai kamu !

Mokhtar sekarang sudah menjadi password politik yang akan menghancurkan sebuah Pakatan. Siulan anak muda kali ini menjadi saksi yang akan menghukum mereka yang berdosa besar membalun dari belakang !

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Remokhtarsi..... remokhtarsi... remokhtarsi.....

Ganti reformasi, jom laung ramai ramai..