Saturday, February 13

PKR = Pakat Keluar Ramai2

Setelah episod YB DS Zahrain MP Bayan Baru menghantui Anwar Ibrahim, kini terdegar lebih dari 10 orang Mp dan Adun PKR bersedia untuk tinggalkan parti itu.

Zahrain jauh lebih jantan kalau nak dibandingkan dengan YB Zulkifli Nordin yang cakap meletup-letup tetapi bila dipanggil Anwar, dia mengigil jadi kecut. Zul lebih banyak cakap tapi tak serupa bikin.

Zahrain cakap dan dia buat apa yang dia cakap. Dia bukan 'hypocrate' macam ketua umum Pkr. Zahrain adalah seorang yang lebih mendalam pembacaan politiknya berbanding beberapa orang 'budak anwar' yang suka menjilat dan dijilat.

Keberanian Zahrain melonjak keluar telah melahirkan kumpulan team B dalam Pkr. Khabarnya team B ini diketuai oleh seorang Mp yang dicop kurang ajar oleh Anwar. Team B adalah manifestasi ketidakpuashatian sebilangan besar Mp dan Adun Pkr yang tidak puas hati dengan tindak tanduk Anwar yang banyak membelakangkan perlembagaan parti itu sendiri.

Team B juga mempersoalkan peranan 'raja Pkr' yang dimainkan oleh Anwar. Presiden Pkr seolah-olah menjadi benar-benar BONEKA kepada suaminya itu.

Team B dikatakan mempunyai network seramai lebih dari 10 Mp dan Adun Pkr yang tidak memegang sebarang jawatan penting diperingkat pusat. Amat memeranjatkan adalah apabila dua orang Mp Pkr dan Adun Pkr Selangor menghubungi Zahrain tiga hari lalu menyatakan sokongan mereka kepada Zahrain.

Mereka amat kesal, Pkr kini melutut kepada Dap, ini semua gara-gara sebab Anwar tergila-gila nak jadi Perdana Menteri. Mereka bimbang nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Mereka mula berbisik sesama mereka kini, PKR ini akan sama dengan Pakat Keluar Ramai-ramai. Setiap bulan akan ada Mp dan Adun Pkr yang akan keluar parti.

1 comment:

Anonymous said...

kita tengok dan lihat.

jika berlaku awak betul, infomasi tepat.

jika tak berlaku, entah lah mungkin dikata spekulasi.

dalam hal ini posting sakmongkol ak47 perlu dipelajari dan diamati dan buat kesimpulan.

catatan benar adalah berita. catatan tak benar ialah spin @ persepsi.