Apakhabar penasihat ekonomi negeri selangor ? Syabas, dasar-dasar ekonomi tuan akan terus melingkupkan rejim khalid gagap di negeri ehsan ini.
YBK sebuah institusi milik orang melayu miskin di selangor kini menjadi bom jangka kepada kerajaan penipu rakyat di selangor. Kali ini ia kena tepat betul kepada mb khalid yang hampir tersandar itu.
Politik YBK bermula apabila YBK mendapat peluang untuk membangunkan sebuah Uitm cawangan Negeri Selangor. Uitm ini dijangka dibangunkan di sebuah tanah milik YBK di Serendah. YBK memang banyak tanah. Tanah ini dianugerahkan oleh kerajaan selangor semasa Muhammad Taib menjadi MB Selangor, lebih dari 15 tahun yang lalu.
Tanah ini dianugerahkan kepada YBK selaku yayasan yang objektifnya membantu golongan fakir dan miskin di selangor khususnya. Premium tanah-tanah telah dibayar sepenuhnya oleh YBK kepada kerajaan negeri. YBK adalah pemilik sah tanah itu, geran hak milik juga telah didaftarkan atas nama YBK.
Apabila menyedari YBK akan mendapat ghanimah membangunkan Uitm cawangan selangor inilah yang menjadikan Khalid Ibrahim terbeliak mata. Ada peluang nak buat duit dalam yayasan ini. Khalid ini depan belakang atas bawah disapunya asalkan jadi duit. Amat terdesak MB ni nampaknya.
Khalid juga menggunakan kuasanya untuk menghalang pembayaran cukai tanah yang dibuat oleh Yayasan Melaka bagi pihak YBK. Sekarang tanah itu akan dirampas oleh Khalid. Rampasan hak orang miskin oleh penguasa yang gila kuasa.
Baru dua tahun berkuasa, Khalid ibarat raja dirimba. Menggunakan hukum rimba untuk menghukum rakyat jelata. Kini rakyat semakin peka. Di ingat cempedak rupanya nangka.
Khalid hanya boneka penasihat ekonomi negeri. Cakap penasihat ekonomi negeri jauh lebih berkuasa dari seorang MB. Hebatnya negeri selangor yang hendak dijual dan digadai janji.
2 comments:
Mana ada hak kerajaan tak mahu terima rakyat/syarikat bayar cukai?
Bro, takut objektif YBK tu atas kertas je dan tak sampai ke kumpulan sasar. Kena plak pemegang amanah YBK tu je yg ambik untung... kalau betul tak pe. Kalau tak masakan dah 15 tahun dapat tanah tapi masalah kemiskinan kat Selangor ada lagi...
Post a Comment