Friday, March 19

Gantung Sendiri

Walaupun KDN tak ambil apa-apa tindakan kes lapor Ketua Polis Negara TS Musa Hassan letak jawatan, China Press sendiri hari ini telah mengantung Ketua Pengarangnya selama 2 minggu mulai hari ini.

China Press dalam lapurannya minggu lalu telah menimbulkan polemik bila ia membuat lapuran palsu itu. Ramai yang menyifatkan lapuran itu tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan jawatan yang ada kaitan dengan keselamatan negara.

Lim Kit Siang juga telah menyebarkan dakyah palsu itu untuk mengelirukan rakyat. Ia menyebabkan pelbagai khabar angin bertiup. Ramai yang telah menghubungi PDRM mengenai lapuran palsu itu.

Akhirnya ia terjawab apabila TS Musa sendiri menafikan perkara itu di ikuti dengan penafian oleh Menteri Dalam Negeri.

3 comments:

Anonymous said...

Jika perkara yang sama dilakukan oleh Melayu, Islam saya pasti tindakan yang tegas akan diambil oleh KDN. Kerajaan kena fikir2 fikir kan.

Quantum Metal Consultant said...

Betul tu anon, begitu bacul sekali kerajaan sekarang.

Kalau nada yang sama tertulis di facebook oleh budak Melayu, bukan main garang lagi pelbagai pihak mengambil tindakan dan mengecam.

Aku pun tak tahu apa nak kupanggil 'dasar' sebegini.

PUTRA MERDEKA said...

AMARAN...AMARAN...AMARAN...dah sah kan kenyataan china press tu, jadi sendiri gantung jer la, gantung pun gaji jalan beb...