Saturday, March 13

Mercedes bawa Tien Chua membunuh Tentera

JOHOR BAHARU, 13 Mac — Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Anggota Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Kereta Tian Chua dipandu oleh Zaharuddin Ayob, 45, iaitu Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu.

Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohammad Sebot berkata kejadian pada kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

Beliau berkata Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi.

“Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Osman berkata sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh.

Zaharuddin dan Tian Chua yang berada di tempat duduk belakang kereta tidak cedera, manakala seorang lagi penunggang motosikal Mohd Zairi Mansor, 29, cedera ringan, katanya. — Bernama

4 comments:

Anonymous said...

sian askar melayu tu dah kembali..

sedih mak dia..

Anonymous said...

anuar ngan tian
bila nak melawat

janjikan juga apa2 yg patut..

nila lambang pengorbanan melayu di saat ko gila pangkat dan jawatan..

Anonymous said...

ambil lah iktibar apa yg berlaku...jgn pula salah kan pihak lain utk menutup kesalahan sendiri....Allah akan menurunkan bala kalau hambaNya mendoakan bala!!!....fikir2 dan renung2kanlah!!!!.....ummi merdeka said

Anonymous said...

Aku rasa mereka ni mabuk. Al maklumlah PKR ni parti yang liberal. So mungkin pemandu kereta tu mabuk..tak kiralah Melayu ke keling ke cina dalam PKR ni semuanya liberal.
Polos tolong siasat pemandu kereta ni. Tak pasal-pasal satu nyawa tentera melayang.