Wednesday, April 21

Billboard BN Tersungkur




Ada pihak-pihak yang mula berlaku kurang ajar dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Ia bermula dengan peristiwa baling batu di hadapan masjid semasa hari penamaan calon yang membuatkan seorang pemuda BN dihadiahkan dengan enam jahitan dikepala. Kemudian sebuah kereta pemimpin BN di ketuk cermin dan sekumpulan pemuda menghalau petugas puteri UMNO.

Yang terbaru adalah billboard BN telah ditumbangkan oleh mereka yang anti demokrasi ini. Bila mereka menang mereka kata mereka pejuang demokrasi tapi bila angin sudah berpatah balik, mereka pula yang cuba menghenyak sistem demokrasi negara dengan menakut-nakutkan petugas parti lawan.

Dilapurkan lebih dari 10 billboard BN di Dun Batang Kali telah tersungkur diperlakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Terima kasih kepada petugas PKR yang telah menjual, tentunya pemuda UMNO akan membeli. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Panas, Hulu Selangor akan menjadi lebih panas.

1 comment:

Mozas said...

itulah pendekatan pakatan haram kerana tiada isu....


Uniknya cara zaid bersukan kuda, jauh beza cara Tuanku Mizan dan Tun M! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/uniknya-cara-zaid-bersukan-kuda-jauh.html