Monday, April 19

Dr Halili Tampar Pkr

Apa sudah jadi ini. Ini tentu perang besar di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Rakan karib dan doktor peribadi DS Anwar, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar PKR. Beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pkr.

Dr Halili sangat releven di Hulu Selangor. Beliau pernah bertanding Parlimen Hulu Selangor. Beliau lahir dan di besarkan di Hulu Yam, dalam Dun Batang Kali.

Dr Halili merupakan antara 'pioner' Parti Keadilan Nasional yang di tubuhkan pada tahun 1999. Beliau terlibat banyak dengan pimpinan pusat sejak penubuhan parti itu. Keluarnya Halili adalah satu kehilangan besar kepada Pkr.

Secara peribadinya Dr Halili adalah Doktor peribadi Anwar Ibrahim sejak dulu lagi. Beliau juga merupakan antara orang kepercayaan Anwar. Beliau sering berjumpa Anwar di penjara Sungai Buluh.

Di Hulu Selangor, Dr Halili adalah Ketua Bahagian Pkr yang pertama. Sehingga sekarang beliau banyak membantu di Hulu Selangor terutamya dari sudut kewangan.

Memang diketahui umum Dr Halili adalah seorang Konsultan Neorologi. Dia seorang profesional yang sangat beretika tinggi.

Tentu ada sebab yang membuatkan beliau tidak boleh berkompromi lagi dengan Anwar Ibrahim. Beliau lama kenal Anwar dan banyak rahsia Anwar yang beliau simpan.

2 comments:

ejarll said...

tahniah dr...

kluangman said...

PKR dan BN telah membuat keputusan yang betul dengan mencampakkan 'muka lama' di Hulu Selangor.
Mereka sudah overused oleh pengundi di situ.

Palani dikatakan akan dapat upah Senator dan Timbalan Menteri dan tentulah wajar Dr Halili mendapat saguhati, takkan tangan kosong.

Kedua dua mereka ini meletakkan standard 'jawatan dan pangkat' sebagai ganjaran, tanpa itu kononnya mereka tidak boleh berbakti.

Merajuknya Palani dan keluar parti oleh Dr Halili mempunyai nilai yang kurang dan hambar walaupun tidaklah terus kosong.