Yang paling ketara dalam pilihanraya kecil ini adalah sangat kurang nya pemimpin-pemimpin PAS yang datang berceramah. Berbeza sekali dengan yang lalu, PAS biasa nya berkampung hampir setiap malam berceramah dan berhujjah memutar belitkan segala macam fakta.
Kenapa kali ini PAS sangat " reserve ". Pemimpin kanan PAS hanya kelihatan pada hari pengumuman calon dan penamaan calon. Namun difahamkan Hj Hadi kecewa apabila Zaid Ibrahim dicalonkan. Presiden PAS seperti tertipu kerana sebelum ini PKR menjanjikan seorang calon yang bersih, berwibawa dan tidak kontroversial. Bila Zaid yang kontroversi diketengahkan, PAS kelihatan tarik break.
PAS seakan-akan sudah baca politik Anwar yang sangat akur kepada kehendak DAP yang mahukan Zahid sebagai calon. Zahid dilihat sangat rapat dengan dasar-dasar DAP yang anti Melayu dan anti Islam.
Nik Aziz yang sudah terbau taktik Anwar juga "play safe" dalam prk ini. Dia kerjakan umrah pulak waktu orang sibuk-sibuk berkempen ini. Sehingga hari ini beliau tidak kelihatan di Hulu Selangor. Semalam sepatutnya beliau muncul di Hulu Yam, tapi tak kelihatan batang hidung.
Hulubalang-hulubalang PAS juga sangat kurang kelihatan. Yang tunjuk muka cuma Ustaz Nasaruddin dan Mustafa Ali, itu pun masa penamaan calon. Mat Sabu, Husam dan Hassan Ali juga tak kelihatan dipentas-pentas ceramah.
Yang ber ia-ia pusing keliling adalah Nizar yang gila talak. Dia turun tapi guna pentas DAP. Dia balun BN tanpa had. Dia ini dah jadi pemimpin PAS yang lebih DAP dari DAP. Bravo Nizar.
Pemimpin muda PAS yang mentah seperti Mahfuz dan Salehuddin sahaja juga yang ber ia-ia berkempen turun naik guna pentas PKR. Mereka masih muda, jangka hayat politik masih panjang. Jadi mereka kena beli saham dari Anwar, pemimpin yang banyak membela mereka.
Aliran-aliran pimpinan PAS yang konservative dan Erdogan juga jelas tidak mahu terlibat berkempen untuk Zaid yang kaki tonggang dan kakl kuda. Mereka tak mahu burukkan rekod bersengkokol dengan munafik politik itu.
Manakala Dewan Ulama PAS figur seperti Datuk Harun Din, sudah awal-awal lagi menolak untuk bersengkokol dengan calon seperti Zaid. Tentunya Dewan Ulama PAS lebih jelas, terang dan benar dalam pendirian mereka berbanding Presiden atau Nik Aziz sendiri.
Adalah juga sangat berkemungkinan pengundi pro PAS tidak akan turun mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini. Isu nya mudah, mereka juga tidak mahu bersengkokol dengan Zaid Ibrahim yang anti Islam, anti Melayu. Mereka tak mahu tercatit sebagai orang yang menyokong peguam pro murtad.
Jelas, pemurnian pendekatan PAS telah memacu kerancakan BN berjuang dengan landasan baru 1Malaysia DS Najib yang semakin serasi dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment