Kabinet ucap takziah kepada keluarga Aminulrasyid
KUALA LUMPUR 5 Mei - Kabinet yang bermesyuarat hari ini melahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga adik Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang terbunuh dalam satu kejadian yang membabitkan pihak polis di Shah Alam, 26 April lalu.
"Kejadian ini amat mendukacitakan," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
Sehubungan itu, Kabinet mahukan agar siasatan kes tersebut dijalankan dengan adil, telus dan secepat mungkin agar semua pihak terutamanya pihak keluarga dan anggota polis yang terbabit mendapat keadilan, menurut kenyataan itu.
"Kabinet mahu panel ini (panel penyiasat yang ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri) dan pihak polis menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi memastikan apa yang sebenarnya telah berlaku pada hari tersebut," kata kenyataan itu.
Kerajaan berharap semua pihak akan menunggu hasil siasatan panel tersebut dan tidak lagi membuat andaian mengenai kes itu sehingga bukti yang jelas dapat dizahirkan, menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian pada 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan yang dilepaskan polis yang mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer pada kadar kelajuan tinggi sebelum terbabas.
Rakan remaja itu yang sempat melarikan diri menjadi saksi utama kejadian. - Bernama
Komen warisan - Salam takziah dari pucuk pimpinan pentadbiran negara yang paling tinggi ini merupakan simpati kepada rakyat atas kejadian yang amat mendukacitakan ini.
Semoga kebenaran akan terserlah. Adu domba pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh merupakan tindakan desperate untuk mencari populariti. Kerja nya 'political animal' memang mahu mencari popular walaupun atas kesedihan orang lain.
No comments:
Post a Comment